HEBAHAN PELAWAAN MENYERTAI LEADERSHIP DEVELOPMENT PROGRAMME FOR MIDDLE MANAGEMENT LEVEL (MANAGERS) BAGI GRED 48-56 ANJURAN JAPAN INTERNATIONAL COOPERATION AGENCY (JICA), JEPUN KEPADA PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT  (KADER MAMPU)

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Ts./ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) Gred 48-56 yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai Leadership Development Programme for Middle Management Level (Managers) 2022  anjuran Japan International Cooperation Agency (JICA) di Jepun bermula daripada 13 September 2022 hingga 1 Oktober 2022. 

3.      Sehubungan dengan itu, Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) Gred F48 hingga F54 yang berminat dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan seperti di Lampiran A boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my mulai 27 Jun 2022 hingga 8 Julai 2022.  Permohonan berkenaan adalah tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan.  Pemohon adalah diingatkan supaya memastikan data yang dikemukakan adalah tepat dan menjadi kesalahan sekiranya maklumat yang dikemukakan adalah palsu dan tindakan boleh diambil mengikut peraturan/undang-undang sedia ada.

4.      Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun, dicetak dan ditandatangani oleh pemohon. Borang ini juga perlu ditandatangani serta dicop rasmi oleh Ketua Jabatan di ruang perakuan dengan disertakan dokumen-dokumen sokongan sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak JPA. Maklumat terperinci berhubung syarat dan tatacara permohonan kursus ini adalah sepertidi lampiran.

5.      Dokumen-dokumen wajib yang perlu dikemukakan hendaklah disusun mengikut turutan dan panduan tatacara penyusunan dokumen permohonan seperti di Lampiran B. Sila ambil perhatian bahawa tarikh penting bagi urusan permohonan ini adalah seperti berikut:

Bil.PerkaraTarikh Tutup Permohonan
i.Permohonan secara dalam talian melalui http://esilav2.jpa.gov.my
27 Jun 2022 hingga
8 Julai 2022

ii.


Tarikh tutup permohonan/ pencalonan di MAMPU5 Julai 2022

6.      Hanya permohonan yang LENGKAP SAHAJA akan diproses untuk pertimbangan pencalonan ke JPA. Permohonan pegawai hendaklah dikemukakan melalui pengurusan sumber manusia agensi masing-masing kepada:

Bahagian Khidmat Pengurusan
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
Malaysia (MAMPU)
Aras 6, Setia Perdana 2
Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Latihan dan Pembangunan Kompetensi)

7.      Sebarang pertanyaan berkaitan urusan permohonan di MAMPU ini, Urus Setia Unit Latihan, Seksyen Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan MAMPU, Encik Syamrizal bin J Nulawadin/ Encik Syed Mohamad Syazwan bin Syed Kamal/ Puan Kamrun Bibi binti Mohamed Musa boleh dihubungi di talian (03-8872 3028/ 8872  3098/ 8872 6313)  atau melalui e-mel unitlatihan@mampu.gov.myPara pegawai juga boleh menghubungi Unit Pengurusan Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA di talian 03-8885 3569 atau emel  kepada penawaranldp@jpa.gov.my  sekiranya memerlukan penjelasan lanjut berkaitan program JICA ini. 

Segala perhatian dan kerjasama pihak  YBhg. Datuk Seri Dr./ Datuk/ Dato’/ YBrs. Dr./ Ts./ Tuan/ Puan  berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Unit Latihan dan Pembangunan Kompetensi 
Seksyen Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
MAMPU, JPM
Tel : 03-8872 3028/ 03-8872 3098/ 03-8872 6313
Emel   : unitlatihan@mampu.gov.my

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     56
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 1778
Jumlah pelawat: 479813
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU