Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Feedback form Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Opendata Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025
HEBAHAN: PELAWAAN MENYERTAI PERTANDINGAN CHIPTA 2021

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan CHIPTA 2021 dengan bertemakan “Catalyzing Innovation for New Norm & Better Future”. CHIPTA merupakan singkatan kepada CHallenge on Innovation and Problem solving through Technology Advancement. Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk mengajak masyarakat cakna merekacipta pelbagai penyelesaian yang berinovasi dan kreatif dengan menggunakan teknologi terkini berasaskan aplikasi mudah alih, analitis data raya dan kecerdasan buatan. Pertandingan ini terbuka kepada empat (4) kategori iaitu sektor awam, orang awam/ industri, pelajar institusi pengajian tinggi dan pelajar sekolah menengah.

3. Justeru, Tuan/ Puan yang berminat adalah dipelawa untuk menyertai pertandingan ini. Peserta pertandingan ini hendaklah menghasilkan Inovasi dalam bentuk aplikasi mudah alih dengan penggunaan sumber data terbuka berdasarkan pemilihan Bidang Fokus dan Kes Bisnes yang disenaraikan dalam syarat penyertaan. Penyertaan boleh dibuat secara dalam talian bermula pada 14 Jun 2021 (Isnin) melalui url https://hackathon.data.gov.my/. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 Julai 2021 (Jumaat), pukul 12.00 tengah malam.

4. Setiap penyertaan akan melalui sesi penilaian awal berdasarkan pada kertas cadangan projek yang dihantar dan pasukan yang disenarai pendek akan dimaklumkan melalui e-mel untuk mara ke sesi penilaian akhir. Pasukan yang layak perlu memulakan pembangunan inovasi dan penyediaan material pembentangan bermula 26 Julai hingga 25 Ogos 2021 secara dalam talian. Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh diperolehi melalui laman web di atas. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini boleh disalurkan kepada hackathon@mampu.gov.my atau hubungi pegawai berikut:

i) Encik Mohd Razif Azmal bin Mohd Othman : razifazmal@mampu.gov.my; dan

ii) Puan Adawiyah Md Ashar : adawiyah@mampu.gov.my;

5. Sehubungan itu, kerjasama Tuan/Puan adalah amat diharapkan agar dapat menghebahkan mengenai pertandingan ini kepada semua warga kerja di Kementerian/ Jabatan/ Agensi Tuan/Puan. Perhatian dan kerjasama Tuan/ Puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Semoga usaha ini akan menyemarakkan budaya inovasi dalam mencipta produk ICT di kalangan penjawat awam dan seterusnya meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Sekian, terima kasih.

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     410
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 234
Jumlah pelawat: 892628
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

Perkhidmatan Online Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi