HEBAHAN PELAWAAN PERMOHONAN PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI 2024 KEPADA PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT DI BAWAH KETUA PERKHIDMATAN KETUA PENGARAH MAMPU
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka pelawaan kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) lantikan tetap untuk memohon penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Sesi 2024 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) secara sepenuh masa.
Justeru itu, Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) di bawah Ketua Perkhidmatan, Ketua Pengarah MAMPU boleh melayari laman web JPA di pautan http://esilav2.jpa.gov.my untuk mengetahui syarat-syarat dan tatacara permohonan. Permohonan secara dalam talian dibuka mulai 23 Mei 2023 hingga 23 Jun 2023. PTM yang berminat dimohon untuk memberi perhatian yang sewajarnya tentang syarat-syarat permohonan dan tatacara pencalonan yang dinyatakan di dalam surat pelawaan tersebut.
Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan atau Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) agensi masing-masing. Pencalonan tanpa melalui Ketua Jabatan atau BPSM agensi dan tidak lengkap secara automatik tidak akan diproses. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak. Pemohon hendaklah menyediakan sebanyak dua (2) set dokumen (setiap set dokumen yang lengkap mengandungi Borang Permohonan, Kertas Cadangan Penyelidikan/Pengajian serta dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan) dan disusun mengikut panduan penyusunan dokumen permohonan.
Permohonan hendaklah dihantar ke MAMPU selewat-lewatnya pada 14 Jun 2023 (Rabu) jam 5.00 petang dan dikemukakan kepada:
Bahagian Khidmat Pengurusan
Seksyen Sumber Manusia
Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Aras 6, Setia Perdana 2
Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Latihan dan Pembangunan Kompetensi)
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung permohonan berkenaan, urus setia yang boleh dihubungi ialah Encik Syamrizal J Nulawadin/ Puan Kamrun Bibi Mohamed Musa (03-8872 3028/ 03-8872 6313) atau emel: unitlatihan@mampu.gov.my.
Seksyen Sumber Manusia
Bahagian Khidmat PengurusanMAMPU, Jabatan Perdana Menteri