Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025
HEBAHAN PELAWAAN PERMOHONAN PROGRAM PENAJAAN KUMPULAN PELAKSANA (PPKP) BAGI PENGAJIAN DI PERINGKAT IJAZAH PERTAMA SECARA SEPARUH MASA TAHUN 2022 KEPADA PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN JURUTEKNIK KOMPUTER (KADER MAMPU)

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk memohon penajaan mengikuti Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Bagi Pengajian Ijazah Pertama Secara Separuh Masa Tahun 2022. Maklumat lanjut mengenai iklan PPKP adalah seperti di lampiran.

3.     Sehubungan dengan itu, pegawai Kumpulan Pelaksana bagi Skim Perkhidmatan  Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) Dan Juruteknik Komputer (JTK) yang berminat dan berkelayakan untuk memohon PPKP Tahun 2022 ini boleh memohon melalui pautan (http://esilav2.jpa.gov.my/).Maklumat lanjut berhubung syarat-syarat permohonan adalah seperti di Lampiran A. 

4.    Tarikh permohonan bagi Program PPKP Ijazah Pertama Secara Separuh Masa Tahun 2022 yang perlu dipatuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:-

Bil.PerkaraTarikh
1.Permohonan secara dalam talian melalui 
http://esilav2.jpa.gov.my/
8 Jun 2022 hingga
8 Julai 2022
2.
Tarikh tutup permohonan ke MAMPU 5 Julai 2022 (Selasa)

5.     Para pegawai PPTM dan JTK yang berminat dengan program penajaan PPKP adalah dimohon untuk menyemak dan meneliti syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPA serta mengambil perhatian akan keperluan menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti di syarat dan tatacara permohonandi Lampiran A.

6.    Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah  dimuat turun, dicetak dan ditandatangani oleh pemohon. Borang ini juga perlu ditandatangani serta dicop rasmi oleh Ketua Jabatan di ruangan perakuan. Pemohon dinasihati menyemak dengan teliti tatacara dan pengemukaan dokumen permohonan seperti yang di tetapkan oleh JPA.

7.    Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan perlu dikemukakan melalui pengurusan sumber manusia agensi masing-masing kepada:-     

       Pengarah         
Bahagian Khidmat Pengurusan
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Setia Perdana 2
Kompleks Setia Perdana
62502 PUTRAJAYA

(u.p: Unit Latihan dan Pembangunan Kompentesi)

8.   Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pegawai Urus Setia Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Khidmat Pengurusan, MAMPU boleh dihubungi seperti berikut, Encik Syamrizal bin J Nulawadin di talian 03-8872 3028/ Encik Syed Mohamad Syazwan bin Syed Kamal di talian 03-8872 3098/ Puan Kamrun Bibi binti Mohamed Musa di talian 03-8872 6313 atau e-mel ke unitlatihan@mampu.gov.my.

9.  Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut berkaitan penawaran PPKP separuh masa ini, para pegawai penyelaras JPA di Unit Pembangunan Latihan Dalam Perkhidmatan, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA boleh dihubungi di talian 03-8885 3053 / 3571 atau melalui e-mel  penawaranldp@jpa.gov.my

Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk /Dato’/Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     0
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 530
Jumlah pelawat: 1143272
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

SPOT-ME Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi