Sukacita dimaklumkan bahawa MAMPU Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah sekali lagi bekerjasama menganjurkan program Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah (iSAS) 2023. Program yang telah diadakan sejak tahun 2019 ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi pembudayaan inovasi sektor awam Sabah sekaligus merupakan platform untuk mengangkat penghasilan inovasi dalam kalangan penjawat awam di Sabah ke peringkat yang lebih tinggi.
Pada tahun ini, terdapat hanya satu (1) kategori khusus iaitu Anugerah Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif sahaja dipertandingan seperti perincian dalam jadual berikut:


Bagi tujuan di atas, semua jabatan/ agensi kerajaan persekutuan di Sabah adalah dipelawa dan diminta untuk menghantar penyertaan pertandingan melalui pautan Eborang Penyertaan iSAS 2023 sebelum atau pada 31 Mei 2023.
Maklumat terperinci berkenaan program iSAS 2023 boleh diperolehi melalui ebook Panduan Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah (iSAS) yang boleh dimuat turun melalui pautan LAMAN iSAS 2023.








