Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025
HEBAHAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN KALI KEDUA (TBK2) (BAGI PEGAWAI YANG DINAIKKAN PANGKAT PADA TAHUN 2008 DAN SEBELUM) BAGI KUMPULAN PELAKSANA SKIM F (PERKHIDMATAN BUKAN GUNASAMA PERSEKUTUAN)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk Seri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sedang menyelaras urusan pertimbangan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Kedua (TBK2) bagi skim perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) (Perkhidmatan Bukan Gunasama Persekutuan) sepanjang tahun 2021. Sehubungan dengan itu, Jabatan ini memohon kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk Seri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan untuk mengemukakan maklumat pegawai-pegawai yang layak dipertimbangkan apabila memenuhi syarat-syarat berikut:-

2.1 Pegawai yang memenuhi tempoh perkhidmatan 13 tahun atau lebih di lapisan pertama gred kenaikan pada atau selepas 1 Januari 2018;
2.2 Pegawai yang memenuhi tempoh perkhidmatan 13 tahun atau lebih selepas kenaikan pangkat yang terakhir pada 2008 dan sebelum;
2.3 Markah wajaran LNPT bagi tiga (3) tahun terkini (2018, 2019 dan 2020) tidak kurang 80%;
2.4 Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
2.5 Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
2.6 Memperoleh penilaian kecemerlangan di tahap BAIK atau CEMERLANG. Penilaian kecemerlangan adalah menggunapakai Borang Penilaian Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Kedua seperti di Lampiran B1;
2.7 Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa;
2.8 Bebas daripada tindakan atau hukuman tatatertib;
2.9 Menandatangani Surat Akuan Pinjaman Institusi Tabung Pendidikan;
2.10 Tidak hilang kekananan disebabkan faktor-faktor berikut:
a. Cuti separuh gaji/ Cuti tanpa gaji; dan
b. Tidak hadir bertugas tanpa kebenaran/ lucut hak emolumen.

2. Semua permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang seperti di Lampiran A, Lampiran BLampiran C dan Lampiran I yang disertakan bersama dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti di bawah:

3.1 Satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemas kini;
Catatan: Muka surat yang berkenaan sahaja iaitu catatan yang melibatkan:

a. Tarikh pengesahan lantikan;                                       
b. Tarikh pengesahan dalam perkhidmatan;
c. Cuti Tanpa Gaji (sekiranya ada);
d. Cuti Separuh Gaji (sekiranya ada); dan
e. Tidak hadir bertugas tanpa kebenaran/ lucut hak emolumen (sekiranya ada).

3.2 Satu (1) salinan penyata bayaran pinjaman/ penyelesaian (sekiranya mempunyai pinjaman pendidikan);
3.3 Satu (1) salinan Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun terkini (2018, 2019 dan 2020) (muka surat yang berkenaan sahaja);
3.4 Satu (1) salinan Laporan Tapisan Keutuhan SPRM terkini; dan
3.5 Satu (1) salinan Borang Penilaian Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Kedua (Lampiran B1). Sekiranya Penilaian Kecemerlangan pegawai adalah di tahap Kurang Memuaskan, pegawai perlu dimaklumkan seperti format di Lampiran A2, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2017 dan mekanisme di perenggan 15, Lampiran A pada Pekeliling tersebut perlu dilaksanakan sebelum permohonan di bawa ke Lembaga.

Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk Seri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan adalah dimohon untuk mengemukakan dokumen yang lengkap bagi pegawai di bawah seliaan pihak YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk Seri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan ke alamat:

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Bahagian Khidmat Pengurusan
Aras 6, Setia Perdana 2, Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p.: Puan Noor Hafizah binti Azizi)


Selain itu, diingatkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Jabatan YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk Seri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan adalah bertanggungjawab untuk memastikan hanya permohonan daripada pegawai yang memenuhi syarat-syarat seperti di Perenggan 2 sahaja dikemukakan ke MAMPU. BPSM juga perlu menyemak dan mengesahkan semua maklumat yang dikemukakan adalah tepat. Sebarang kesilapan fakta yang telah disahkan oleh BPSM boleh menyebabkan permohonan tersebut tidak dipertimbangkan.

3. Sebarang pertanyaan berhubung urusan kenaikan pangkat secara TBK2 ini boleh diajukan kepada pegawai-pegawai seperti berikut:

No.Nama PegawaiNo. TelefonE-mel@mampu.gov.my
1.Puan Mahfuzah binti Omar03-88726390fuzahomar
2.Puan Nor Azura binti Amit03-88726390azuraamit

Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk Seri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     0
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 209
Jumlah pelawat: 1125243
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

SPOT-ME Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi