Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025
HEBAHAN URUSAN PERTIMBANGAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F44, F48, F52 DAN F54 YANG TELAH MEMANGKU MULAI 1 JULAI 2020 HINGGA 30 SEPTEMBER 2020; DAN SEBELUM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Untuk makluman, Bahagian Khidmat Pengurusan, MAMPU sedang menyelaras urusan pertimbangan kenaikan pangkat Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) ke Gred F44, F48, F52 dan F54 yang telah memangku mulai 1 Julai 2020 hingga 30 September 2020 dan sebelum. Sehubungan dengan itu, pihak urus setia memohon jasa baik pihak YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan untuk mengisi dokumen-dokumen di bawah bagi melengkapkan urusan kenaikan pangkat berkenaan:

i) Lampiran I (Senarai Semak), Lampiran A (Borang Maklumat Perkhidmatan Pegawai), Lampiran B (Borang Perakuan Ketua Jabatan), Lampiran C (Surat
Akuan Pinjaman Pendidikan) dan Lampiran D (Borang Maklumat Tatatertib) seperti yang dilampirkan;

ii) Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 2018, 2019 dan 2020 serta Salinan Laporan Penilaian Prestasi Khas (LNPK) 2021;

iii) Salinan Surat Pengisytiharan Harta;

iv) Salinan Keputusan Tapisan Keutuhan SPRM; dan

v) Salinan Kenyataan Buku Perkhidmatan yang mengandungi maklumat:

a) Tarikh Pengesahan Lantikan;

b) Tarikh Pengesahan dalam Perkhidmatan;

c) Tarikh Kenaikan Pangkat Terakhir;

d) Tarikh pegawai melapor diri untuk pemangkuan (termasuk catatan penangguhan jika ada);

e) Cuti Tanpa Gaji dan Cuti Separuh Gaji;

f) Rekod tidak hadir bertugas tanpa kebenaran/ lucut hak emolumen;

g) Rekod Cuti Belajar yang diluluskan; dan

h) Maklumat Tatatertib.

3.       Kerjasama pihak YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan  juga adalah dimohon untuk menyelaras urusan kenaikan pangkat ini dan mengemukakan dokumen lengkap kepada Bahagian Khidmat Pengurusan, MAMPU sebelum atau pada 15 Oktober 2021 (Jumaat) ke alamat berikut:

 4.       Sebarang pertanyaan berhubung urusan pertimbangan kenaikan pangkat ini boleh dikemukakan terus kepada pegawai-pegawai berikut :

No.Nama PegawaiNo. TelefonEmel
1.Encik Mohd Asrul bin Ismail03-8872 3071asrul@mampu.gov.my
2.Puan Nor Adalina binti Hamdan 03-8872 3133adalina@mampu.gov.my

5.        Hebahan dan borang-borang berkaitan urusan pertimbangan kenaikan pangkat  ini juga boleh didapati melalui portal MAMPU melalui pautan https://www.mampu.gov.my

Atas perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

URUS SETIA NAIK PANGKAT SKIM PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT

Seksyen Sumber Manusia

Bahagian Khidmat Pengurusan

MAMPU,Jabatan Perdana Menteri

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     977
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 690
Jumlah pelawat: 1136460
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

SPOT-ME Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi