Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin Setia/ YBhg. Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman, Bahagian Khidmat Pengurusan, MAMPU sedang menyelaras urusan pertimbangan kenaikan pangkat Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) ke Gred F44, F48, F52 dan F54 yang telah memangku mulai 1 Julai 2021 hingga 30 September 2021 dan sebelum. Sehubungan dengan itu, pihak urus setia memohon jasa baik pihak YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin Setia/ YBhg. Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan untuk mengisi dokumen-dokumen di bawah bagi melengkapkan urusan kenaikan pangkat berkenaan:
i) Lampiran I (Senarai Semak), Lampiran A (Borang Maklumat Perkhidmatan Pegawai), Lampiran B (Borang Perakuan Ketua Jabatan), Lampiran C (Surat
Akuan Pinjaman Pendidikan) dan Lampiran D (Borang Maklumat Tatatertib) seperti yang dilampirkan;
ii) Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Tahun 2019, 2020 dan 2021 serta Salinan Laporan Penilaian Prestasi Khas (LNPK) 2022;
iii) Salinan Surat Pengisytiharan Harta;
iv) Salinan Keputusan Tapisan Keutuhan SPRM; dan
v) Salinan Kenyataan Buku Perkhidmatan yang mengandungi maklumat:
a) Tarikh Pengesahan Lantikan;
b) Tarikh Pengesahan dalam Perkhidmatan;
c) Tarikh Kenaikan Pangkat Terakhir;
d) Tarikh pegawai melapor diri untuk pemangkuan (termasuk catatan penangguhan jika ada);
e) Cuti Tanpa Gaji dan Cuti Separuh Gaji;
f) Rekod tidak hadir bertugas tanpa kebenaran/ lucut hak emolumen;
g) Rekod Cuti Belajar yang diluluskan; dan
h) Maklumat Tatatertib.
3. Kerjasama pihak YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin Setia/ YBhg. Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan juga adalah dimohon untuk menyelaras urusan kenaikan pangkat ini dan mengemukakan dokumen lengkap kepada Bahagian Khidmat Pengurusan, MAMPU sebelum atau pada 31 Oktober 2022 (Isnin) ke alamat berikut:
Ketua Pengarah
Unit PemodenanTadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Bahagian Khidmat Pengurusan
Aras 3, Setia Perdana 2, Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p.: Urus Setia Naik Pangkat Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat)
4. Sebarang pertanyaan berhubung urusan pertimbangan kenaikan pangkat ini boleh dikemukakan terus kepada pegawai-pegawai berikut :
No. | Nama Pegawai | No. Telefon | Emel |
1. | Puan Nor Adalina binti Hamdan | 03-8872 3133 | adalina@mampu.gov.my |
2. | Puan Diana Amira binti Mustapa | 03-8892 7430 | dianaamira@mampu.gov.my |
Atas perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin Setia/ YBhg. Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
URUS SETIA NAIK PANGKAT SKIM PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT
Seksyen Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
MAMPU,Jabatan Perdana Menteri
Nota: Jangkaan pemakluman berkenaan kelulusan urusan ini boleh disemak tiga (3) bulan daripada tarikh tutup permohonan. Tertakluk kepada urusan penyelarasan di peringkat Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).