Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman, Bahagian Khidmat Pengurusan, MAMPU sedang menyelaras urusan pertimbangan kenaikan pangkat Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) ke Gred F44, F48, F52 dan F54 yang telah memangku mulai 1 September 2022 hingga 30 September 2022 dan sebelum. Sehubungan dengan itu, pihak urusetia memohon jasa baik pihak YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan untuk mengisi dokumen-dokumen di bawah bagi melengkapkan urusan kenaikan pangkat berkenaan:
i) Lampiran I (Senarai Semak), Lampiran A (Borang Maklumat Perkhidmatan Pegawai), Lampiran B (Borang Perakuan Ketua Jabatan), Lampiran C (Surat Akuan Pinjaman Pendidikan) dan Lampiran D (Borang Maklumat Tatatertib) seperti yang dilampirkan;
ii) Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 2020, 2021 dan 2022 serta Salinan Laporan Penilaian Prestasi Khas (LNPK) 2023;
iii) Salinan Surat Pengisytiharan Harta;
iv) Salinan Keputusan Tapisan Keutuhan SPRM; dan
v) Salinan Kenyataan Buku Perkhidmatan yang mengandungi maklumat:
a) Tarikh Pengesahan Lantikan;
b) Tarikh Pengesahan dalam Perkhidmatan;
c) Tarikh Kenaikan Pangkat Terakhir;
d) Tarikh pegawai melapor diri untuk pemangkuan (termasuk catatan penangguhan jika ada);
e) Cuti Tanpa Gaji dan Cuti Separuh Gaji;
f) Rekod tidak hadir bertugas tanpa kebenaran/ lucut hak emolumen;
g) Rekod Cuti Belajar yang diluluskan; dan
h) Maklumat Tatatertib.
3. Kerjasama pihak YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan juga adalah dimohon untuk menyelaras urusan kenaikan pangkat ini dan mengemukakan dokumen lengkap kepada Bahagian Khidmat Pengurusan, MAMPU sebelum atau pada 31 Oktober 2023 (Selasa) ke alamat berikut:
Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Bahagian Khidmat Pengurusan
Aras 3, Setia Perdana 2, Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p.: Urus Setia Naik Pangkat Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat)
4. Sebarang pertanyaan berhubung urusan pertimbangan kenaikan pangkat ini boleh dikemukakan terus kepada pegawai-pegawai berikut :
No. | Nama Pegawai | No. Telefon | Emel |
1. | Puan Noor Hafizah binti Azizi | 03-88723071 | noorhafizah@mampu.gov.my |
2. | Cik Khairunnisaa Aqilah binti Khairulnasri | 03-88927551 | khairunnisaa@mampu.gov.my |
Atas perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.