HEBAHAN URUSAN PERTIMBANGAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN KALI KEDUA (TBK2) BAGI PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA SKIM F (PERKHIDMATAN BUKAN GUNASAMA PERSEKUTUAN) YANG DINAIKKAN PANGKAT PADA TAHUN 2010 DAN SEBELUM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sedang menyelaras urusan pertimbangan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Kedua (TBK2) bagi skim perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) Gred FA32 ke Gred FA38 dan Juruteknik Komputer (JTK) Gred FT22 ke Gred FT26 (Perkhidmatan Bukan Gunasama Persekutuan) sepanjang tahun 2023. Sehubungan dengan itu, pihak urus setia memohon kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan untuk mengemukakan maklumat pegawai-pegawai yang layak dipertimbangkan apabila memenuhi syarat-syarat berikut:-

2.1 Pegawai yang memenuhi tempoh perkhidmatan 13 tahun atau lebih di lapisan pertama gred kenaikan pangkat pada atau selepas 1 Januari 2018;
2.2 Pegawai yang memenuhi tempoh perkhidmatan 13 tahun atau lebih selepas kenaikan pangkat yang terakhir pada tahun 2010 dan sebelum;
2.3 Markah wajaran LNPT bagi tiga (3) tahun terkini (2020, 2021 dan 2022) tidak kurang daripada 80%;
2.4 Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
2.5 Diperaku oleh Ketua Jabatan;
2.6 Memperoleh penilaian kecemerlangan di tahap BAIK atau CEMERLANG. Penilaian kecemerlangan mengguna pakai Borang Penilaian Time-Based Berasaskan
Kecemerlangan Kali Kedua seperti di Lampiran B1;
2.7 Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa;
2.8 Bebas daripada tindakan atau hukuman tatatertib; dan
2.9 Bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar dari institusi pinjaman pendidikan;

3.         Semua permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang seperti di Lampiran A (Borang Maklumat Perkhidmatan Pegawai), Lampiran B (Borang Perakuan Ketua Jabatan), Lampiran C (Surat Akuan Pinjaman Pendidikan) dan Lampiran I (Senarai Semak) yang disertakan bersama dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti di bawah:

3.1 Satu (1) salinan Kenyataan Buku Perkhidmatan yang lengkap bermula dari tahun lantikan sehingga tahun terkini yang mengandungi maklumat seperti berikut:
a) Tarikh Pengesahan Lantikan;
b) Tarikh Pengesahan dalam Perkhidmatan;
c) Tarikh kenaikan pangkat ke Gred FT22/FA32;
d) Cuti Tanpa Gaji (CTG) dan Cuti Separuh Gaji (CSG) (sekiranya ada);
e) Rekod Tidak Hadir Bertugas (THB) tanpa kebenaran/ lucut hak emolumen (sekiranya ada);
f) Rekod Cuti Belajar yang diluluskan; dan
g) Maklumat Tatatertib
3.2 Satu (1) salinan penyata bayaran pinjaman/ penyelesaian (sekiranya mempunyai pinjaman pendidikan);
3.3 Satu (1) salinan Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun terkini (2020, 2021 dan 2022) (muka surat yang berkenaan sahaja);
3.4 Satu (1) salinan Laporan Tapisan Keutuhan SPRM terkini;
3.5 Satu (1) salinan Borang Penilaian Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Kedua (Lampiran B1).
Sekiranya Penilaian Kecemerlangan pegawai adalah di tahap Kurang Memuaskan, pegawai perlu dimaklumkan oleh jabatan sebelum dihantar untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan
Pangkat seperti format di Lembaran UP.3.1.7(B1), Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia dan mekanisme di perenggan 15, Lampiran UP.3.1.7(A) pada Pekeliling tersebut perlu dilaksanakan sebelum permohonan di bawa ke Lembaga; dan
3.6 Justifikasi kelewatan permohonan kenaikan pangkat sekiranya pegawai adalah layak dipertimbangkan pada tahun 2022 dan sebelum (bagi pegawai lantikan tahun 2009
dan sebelum).

4.         Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan adalah dimohon untuk mengemukakan dokumen yang lengkap bagi pegawai di bawah seliaan pihak YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan ke alamat:

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Bahagian Khidmat Pengurusan
Aras 6, Setia Perdana 2, Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p.: Urus Setia Naik Pangkat Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat)

5.         Selain itu, diingatkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Jabatan YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan adalah bertanggungjawab untuk memastikan hanya permohonan daripada pegawai yang memenuhi syarat-syarat seperti di Perenggan 2 sahaja dikemukakan ke MAMPU. Sebarang kesilapan fakta boleh menyebabkan kesalahan ke atas pertimbangan serta perakuan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam. Perkara ini juga boleh menyebabkan kelewatan dalam pertimbangan dan menjejaskan urusan perkhidmatan pegawai. Oleh yang demikian, BPSM hendaklah memastikan perkara ini dilaksanakan dengan teratur.

6.         Sebarang pertanyaan berhubung urusan kenaikan pangkat secara TBK ini boleh diajukan kepada pegawai-pegawai seperti berikut:

No.Nama PegawaiNo. TelefonE-mel@mampu.gov.my
1.Puan Mahfuzah binti Omar03-88726390fuzahomar
2.Puan Nor Azura binti Amit03-88726390azuraamit

7.         Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.



Info Halaman:     Jumlah Paparan-     0
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 89
Jumlah pelawat: 723594
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar