Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,
HEBAHAN URUSAN PERTIMBANGAN PEMANGKUAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F48 KE GRED F52 (PEGAWAI YANG DINAIKKAN PANGKAT PADA 31 DISEMBER 2011 DAN SEBELUM) (PERKHIDMATAN BUKAN GUNASAMA PERSEKUTUAN)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sedang menyelaras urusan pertimbangan bagi pemangkuan Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) Gred F48 ke Gred F52 (Perkhidmatan Bukan Gunasama Persekutuan). PTM Gred F48 yang layak dipertimbangkan bagi urusan pemangkuan ke Gred F44 adalah pegawai yang memenuhi syarat-syarat berikut:
2.1 PTM yang dinaikkan pangkat ke Gred F48 pada 31 Disember 2011 dan sebelum;
2.2 Disahkan dalam perkhidmatan;
2.3 Markah wajaran LNPT bagi tiga (3) tahun terkini (2018, 2019 dan 2020) tidak kurang 80%;
2.4 Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
2.5 Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
2.6 Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa;
2.7 Bebas daripada tindakan atau hukuman tatatertib;
2.8 Menandatangani Surat Akuan Pinjaman Institusi/ Tabung Pendidikan;
2.9 Tidak hilang kekananan yang boleh menyebabkan tarikh kenaikan pangkat (“tarikh kekananan”) sebagai PTM Gred F48 berubah pada dan selepas
1 Januari 2012 disebabkan faktor-faktor berikut:
i. Cuti separuh gaji/ Cuti tanpa gaji; dan
ii. Tidak hadir bertugas tanpa kebenaran/ lucut hak emolumen.
3. Pegawai yang memenuhi syarat-syarat di atas adalah layak untuk mengemukakan permohonan dengan menggunakan borang seperti di Lampiran I (Senarai Semak), Lampiran A (Borang Maklumat Perkhidmatan Pegawai), Lampiran B (Borang Perakuan Ketua Jabatan), Lampiran C (Surat Akuan Pinjaman Pendidikan) dan Lampiran D (Borang Maklumat Tatatertib) yang disertakan bersama dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti di bawah:
3.1 Satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemas kini;
Catatan: Muka surat yang berkenaan SAHAJA iaitu catatan yang melibatkan:
a) Tarikh pengesahan lantikan;
b) Tarikh pengesahan dalam perkhidmatan;
c) Tarikh kenaikan pangkat ke Gred F48;
d) Pelanjutan tempoh percubaan berdenda/ tidak berdenda (sekiranya ada);
e) Cuti Tanpa Gaji dan Cuti Separuh Gaji (sekiranya ada);
f) Tidak hadir bertugas tanpa kebenaran/ lucut hak emolumen (sekiranya ada);
g) Rekod Cuti Belajar yang diluluskan (sekiranya ada); dan
h) Maklumat tatatertib (sekiranya ada)
3.2 Satu (1) salinan penyata pembayaran/ penyelesaian pinjaman (sekiranya mempunyai pinjaman pendidikan);
3.3 Satu (1) salinan Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun terkini (2018, 2019 dan 2020) (muka surat yang berkenaan SAHAJA);
3.4 Satu (1) salinan Laporan Tapisan Keutuhan SPRM terkini;
3.5 Satu (1) salinan Borang Penilaian Potensi Ketua Jabatan
3.6 Satu (1) salinan Surat Pengisytiharan Harta;
3.7 Satu (1) salinan Borang Cadangan Pilihan Penempatan Untuk Urusan Pemangkuan Bagi PTM; dan
3.8 Salinan rekod perkhidmatan pegawai yang telah dikemaskini di Sistem Pengurusan Kerjaya Perkhidmatan Sistem Maklumat melalui
pautan https://spkict.mampu.gov.my
4. Sehubungan dengan itu, pihak YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin/ YBrs. Dr./ tuan/ puan adalah dimohon untuk memanjangkan hebahan ini kepada semua Pegawai Teknologi Maklumat Gred F48 di Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing serta mengemukakan dokumen yang lengkap kepada Seksyen Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, MAMPU sebelum atau pada 10 September 2021 (Jumaat) ke alamat seperti berikut:
Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Bahagian Khidmat Pengurusan
Aras 3, Setia Perdana 2, Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p.: Encik Mohd Asrul bin Ismail)
5. Selain itu, diingatkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian/ Jabatan/ Agensi di bawah seliaan YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin/ YBrs. Dr./ tuan/ puan bertanggungjawab untuk memastikan hanya permohonan daripada pegawai yang memenuhi syarat seperti di Perenggan 2 sahaja dikemukakan ke MAMPU. BPSM juga perlu menyemak dan mengesahkan semua maklumat yang dikemukakan adalah tepat. Sebarang kesilapan fakta boleh menyebabkan permohonan tersebut tidak dipertimbangkan.Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan diproses dan BOLEH MENYEBABKAN PEGAWAI TIDAK DIPERTIMBANGKAN UNTUK URUSAN PEMANGKUAN KE GRED F52. Sukacita juga diingatkan bahawa calon yang menolak tawaran pemangkuan (sekiranya diluluskan) tidak akan dipertimbangkan pemangkuan dalam urusan berikutnya.
6. Bagi pegawai yang terlibat dalam urusan pemangkuan ke Gred 52 sebelum ini melalui hebahan pada Disember 2020 dan telah diperakukan sebagai calon simpanan, pegawai tidak perlu untuk mengemukakan permohonan semula kepada pihak urus setia.
7. Sebarang pertanyaan berhubung urusan pemangkuan ini boleh dikemukakan terus kepada pegawai-pegawai berikut:
No. | Nama Pegawai | No. Telefon | Emel |
1. | Encik Mohd Asrul bin Ismail | 03-88723071 | asrul@mampu.gov.my |
2. | Puan Nor Adalina binti Hamdan | 03-88723133 | adalina@mampu.gov.my |
8. Hebahan dan borang-borang berkaitan urusan pemangkuan ini juga boleh didapati melalui portal MAMPU melalui pautan https://www.mampu.gov.my.
Atas perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin/ YBrs. Dr./ tuan/ puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
URUS SETIA NAIK PANGKAT SKIM PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT
Seksyen Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
MAMPU, Jabatan Perdana Menteri