HEBAHAN URUSAN PERTIMBANGAN PEMANGKUAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F52 KE GRED F54 BAGI PEGAWAI YANG DINAIKKAN PANGKAT GRED F52 PADA 31 DISEMBER 2019 DAN SEBELUM (PERKHIDMATAN BUKAN GUNASAMA PERSEKUTUAN) 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Seksyen Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sedang menyelaras urusan pertimbangan bagi pemangkuan Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) Gred F52 ke Gred F54 (Perkhidmatan Bukan Gunasama Persekutuan). PTM Gred F52 yang layak dipertimbangkan bagi urusan pemangkuan ke Gred F54 ini adalah pegawai yang memenuhi syarat-syarat berikut:- 

2.1 PTM yang dinaikkan pangkat ke Gred F52 pada 31 Disember 2019 dan sebelum;
2.2 Disahkan dalam perkhidmatan;
2.3 Markah wajaran LNPT bagi tiga (3) tahun terkini (2019, 2020 dan 2021) tidak kurang 80%;
2.4 Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
2.5 Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
2.6 Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa;
2.7 Bebas daripada tindakan atau hukuman tatatertib;
2.8 Menandatangani Surat Akuan Pinjaman Institusi/ Tabung Pendidikan;
2.9 Tidak hilang kekananan yang boleh menyebabkan tarikh kenaikan pangkat (“tarikh kekananan”) sebagai PTM Gred F52 berubah pada dan selepas 1 Januari
2020 disebabkan faktor-faktor berikut: 

i.    Cuti separuh gaji/ Cuti tanpa gaji; dan ii.   Tidak hadir bertugas tanpa kebenaran/ lucut hak emolumen.
ii.   Tidak hadir bertugas tanpa kebenaran/ lucut hak emolumen.

3.         Pegawai yang memenuhi syarat-syarat di atas adalah layak untuk mengemukakan permohonan dengan menggunakan borang seperti di  Lampiran I (Senarai Semak), Lampiran A (Borang Maklumat Perkhidmatan Pegawai), Lampiran B (Borang Perakuan Ketua Jabatan), Lampiran C (Surat Akuan Pinjaman Pendidikan) dan Lampiran D (Borang Maklumat Tatatertib) yang disertakan bersama dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti di bawah:

3.1 Satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemas kini;

Catatan: Muka surat yang berkenaan SAHAJA iaitu catatan yang  melibatkan:
a) Tarikh pengesahan lantikan;
b) Tarikh pengesahan dalam perkhidmatan;
c) Tarikh kenaikan pangkat ke Gred F52;
d) Pelanjutan tempoh percubaan berdenda/ tidak berdenda (sekiranya ada);
e) Cuti Tanpa Gaji dan Cuti Separuh Gaji (sekiranya ada);
f) Tidak hadir bertugas tanpa kebenaran/ lucut hak emolumen (sekiranya ada);
g) Rekod Cuti Belajar yang diluluskan (sekiranya ada); dan
h) Maklumat tatatertib (sekiranya ada)

3.2 Satu (1) salinan penyata pembayaran/ penyelesaian pinjaman (sekiranya mempunyai pinjaman pendidikan);
3.3 Satu (1) salinan Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun terkini  (2019, 2020 dan 2021) (muka surat yang berkenaan SAHAJA);
3.4 Satu (1) salinan Laporan Tapisan Keutuhan SPRM terkini;
3.5 Satu (1) salinan Borang Penilaian Potensi Ketua Jabatan;
3.6 Satu (1) salinan Surat Pengisytiharan Harta
3.7 Satu (1) salinan Borang Cadangan Pilihan Penempatan Untuk Urusan Pemangkuan Bagi PTM; dan
3.8 Salinan rekod perkhidmatan pegawai yang telah dikemaskini di Sistem Pengurusan Kerjaya Perkhidmatan Sistem Maklumat melalui
pautan https://spkict.mampu.gov.my

4. Sehubungan dengan itu, pihak YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBrs. Dr./ YBhg. Datin/ tuan/ puan adalah dimohon untuk memanjangkan hebahan ini kepada semua Pegawai Teknologi Maklumat Gred F52 di Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing serta mengemukakan dokumen yang lengkap kepada Seksyen Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, MAMPU sebelum atau pada 19 Ogos 2022 (Jumaat) ke alamat seperti berikut:

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Bahagian Khidmat Pengurusan
Aras 3, Setia Perdana 2, Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Kenaikan Pangkat dan Pemangkuan Skim F)

5.        Selain itu, diingatkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian/ Jabatan/ Agensi di bawah seliaan YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin/ YBrs. Dr./ tuan/ puan bertanggungjawab untuk memastikan hanya permohonan daripada pegawai yang memenuhi syarat seperti di Perenggan 2 sahaja dikemukakan ke MAMPU. BPSM juga perlu menyemak dan mengesahkan semua maklumat yang dikemukakan adalah tepat. Sebarang kesilapan fakta boleh menyebabkan permohonan tersebut tidak dipertimbangkan.Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan diproses dan BOLEH MENYEBABKAN PEGAWAI TIDAK DIPERTIMBANGKAN UNTUK URUSAN PEMANGKUAN KE GRED F54.

6.         Sebarang pertanyaan berhubung urusan pemangkuan ini boleh dikemukakan terus kepada pegawai-pegawai berikut:

No.Nama PegawaiNo. TelefonEmel
1.Puan Noor Hafizah binti Azizi03-88723067noorhafizah@mampu.gov.my
2.Puan Nor Adalina binti Hamdan 03-88723133adalina@mampu.gov.my
3.Puan Diana Amira binti Mustapa03-88927430dianaamira@mampu.gov.my


7.        Hebahan dan borang-borang berkaitan urusan pemangkuan ini juga boleh didapati melalui portal MAMPU melalui pautan https://www.mampu.gov.my.

Atas perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin/ YBrs. Dr./ tuan/ puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. 

URUS SETIA NAIK PANGKAT SKIM PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT
Seksyen Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
MAMPU, Jabatan Perdana Menteri

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     0
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 151
Jumlah pelawat: 616283
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar