
KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF SEKTOR AWAM (KIKSA) 2023
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Sektor Awam (KIKSA) ialah satu program yang dianjurkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi menyemarakkan budaya inovasi sektor awam. Program ini menyediakan platform pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di peringkat sektor awam bagi membolehkan agensi mengetengahkan projek KIK yang dihasilkan. Pengiktirafan yang diterima oleh KIK menjadi sumber inspirasi kepada inovator untuk menghasilkan lebih banyak projek yang berimpak tinggi dan berdaya saing.
1. OBJEKTIF
Objektif Konvensyen KIKSA adalah untuk:
i. memupuk budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan penjawat awam sektor awam;
ii. menyediakan platform bagi meningkatkan kebolehan dan keupayaan penjawat awam untuk berinovasi; dan
iii.mengiktiraf hasil projek KIK sektor awam.
2. BIDANG DAN KATEGORI PERTANDINGAN
Bidang dan kategori yang akan dipertandingkan dalam KIKSA 2023 adalah seperti berikut:
i. Inovasi Sosial (Kategori Penciptaan);
ii. Inovasi Sosial (Kategori Penambahbaikan);
iii. Inovasi Penyampaian Perkhidmatan (Kategori Penciptaan); dan
iv. Inovasi Penyampaian Perkhidmatan (Kategori Penambahbaikan).
3. HADIAH PERTANDINGAN
Hadiah pertandingan adalah dalam bentuk Wang Tunai, Trofi dan Sijil Penghargaan.
4. SYARAT PENYERTAAN DAN FORMAT DOKUMENTASI PROJEK
Syarat penyertaan dan format dokumentasi projek boleh dimuat turun melalui pautan berikut:
1. GARIS PANDUAN PERTANDINGAN KIKSA 2023
2. BORANG PENYERTAAN KIKSA 2023
3. SENARAI SEMAK
5. PENDAFTARAN PENYERTAAN
Kumpulan KIK yang berminat boleh mendaftarkan penyertaan melalui pautan https://forms.gle/9x6EpEctJThp8K8R7.
6. PENGHANTARAN DOKUMENTASI PROJEK
Semua dokumentasi projek penyertaan hendaklah dimuat naik secara dalam talian melalui pautan https://forms.gle/KyxEjUDwczEZSauc6 serta menyerahkan dua (2) set dokumentasi projek (hardcopy) sebelum atau pada 11 Ogos 2023 (Jumaat) kepada:
Pengarah
Bahagian Penyelidikan Pengurusan
Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri (JPM)
Aras 3, Setia Perdana 2
Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 W.P. PUTRAJAYA
(u.p.: Sekretariat KIKSA)
7. TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11 Ogos 2023 (Jumaat). Sebarang penyertaan yang diterima selepas daripada tarikh tersebut akan DITOLAK.
8.PROSES PERMOHONAN PENYERTAAN KIKSA


9. TAKLIMAT KIKSA 2023
i. Slaid Taklimat KIKSA
ii. Pautan Facebook Live (https://fb.watch/lp6bjAIxfm/?mibextid=Nif5oz)
10. MAKLUMAT PERHUBUNGAN
Pertanyaan lanjut berhubung Konvensyen KIKSA boleh dikemukakan melalui e-mel kepada kkiksa@mampu.gov.my atau di talian 03-8872 6355/6353/5144.
Sekretariat
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Sektor Awam (KIKSA)
Tahun 2023