Tarikh : 14 November 2017
Masa : 8.00 pagi – 5.15 petang
Tempat : Dewan Perdana Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Putrajaya
Kerjasama Industri : World Bank Group (WBG), Asia Online Publishing Group (AOPG)
Kerjasama Agensi : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
Peserta : Agensi kerajaan, Industri, Akademia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
Pautan : http://www.data.gov.my/event/74
http://www.data.gov.my/article/impact#
http://bigcommunity.net/big_news/open-data-user-group-officially-ready-for-malaysia/
LATAR BELAKANG
MAMPU merupakan peneraju pelaksanaan inisiatif Data Terbuka melalui Portal data.gov.my bertujuan untuk memupuk dan menggalakkan budaya perkongsian data bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan berpacukan data serta menyemarakkan penciptaan inovasi baharu berdasarkan data terbuka. Program Malaysia Open Data User Group (MODUG) 2017 merupakan satu platform jalinan hubungan antara agensi pemilik/pembekal data terbuka dengan pelbagai kategori pengguna.
Antara pengisian program ini adalah pelancaran MODUG, interaksi aktif antara pembekal dan pengguna data, penglibatan moderator World Bank Group (WBG) dan perkongsian dengan WBG mengenai International Good Practices dalam Data Terbuka.
OBJEKTIF
Program MODUG 2017 bertujuan untuk:
1. Meningkatkan penglibatan rakyat bagi mendapatkan maklum balas daripada komuniti dan rakyat berkaitan data terbuka;
2. Menyediakan platform untuk menghubungkan agensi pemilik data dengan pelbagai kategori pengguna data;
3. Meningkatkan kualiti set data yang diterbitkan ke arah on demand data dan granular data; dan
4. Menggalakkan pemilik data menerbitkan data berkualiti berdasarkan keperluan pengguna.
IMPAK
Antara impak program MODUG 2017 adalah seperti berikut:
1. Mengenalpasti keperluan data yang diperlukan oleh pengguna;
2. Mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh pemilik/ pembekal data bagi memenuhi permintaan data; dan
3. Pelan tindakan dan langkah-langkah bagi mengenal pasti peranan dan tanggungjawab agensi dan pengguna dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti data.
Dikemas kini pada 01.07.2019