Laman Web Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
SearchFunction
AdvanceSearchFunction
W3C Disability Accessibility
Soalan Lazim
Hubungi Kami
feedbackform
Sitemap
Pengenalan Kami
Arkib elektronik
Online E-Participation
Online E-Participation
Broadcast
Berita
PDPA
Opendata
Procument
Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA MAMPU DAN ASIA ONLINE PUBLISHING GROUP (AOPG) SDN. BHD.

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA MAMPU DAN ASIA ONLINE PUBLISHING GROUP (AOPG) SDN. BHD.

Tarikh                         : 4 Disember 2017

Masa                           : 12.00 tengahari – 1.00 petang

Tempat                         : MAMPU Putrajaya

Kerjasama Industri : Asia Online Publishing Group (AOPG) Sdn. Bhd.

Kerjasama Agensi   : MAMPU, JPM

Peserta                        : MAMPU, JPM dan AOPG

Pautan                         : http://www.data.gov.my/event/75

                                         http://www.data.gov.my/article/impact#

                                        http://bigcommunity.net/big_news/mampu-and-big-community-sign-mou-to-collaborate-on-the-big-open-                                            wrangle-challenge/

LATAR BELAKANG

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Syarikat Asia Online Publishing Group (AOPG) Sdn. Bhd. telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai salah satu usaha untuk mencapai objektif pelaksanaan data terbuka iaitu memperkasakan perkongsian data bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan untuk kesejahteraan rakyat. MAMPU selaku penggerak dan peneraju transformasi penyampaian perkhidmatan awam merangka hala tuju, menyemarak transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam berpaksikan rakyat dan berpacukan data dengan menggunakan pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif sejajar dengan aspirasi dan agenda negara iaitu Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) serta Transformasi Nasional 2050 (TN50). Manakala AOPG merupakan pemilik dan penerbit portal Big Community bagi platform perkongsian pengetahuan, kolaborasi, perbincangan dan peluang jalinan perhubungan untuk menyemarakkan pelbagai inovasi berpaksikan data.

Memorandum dimeterai untuk tempoh setahun bermula pada 5 Oktober 2017 dan berakhir pada 4 Oktober 2018, merupakan komitmen padu MAMPU dan AOPG untuk berkolaborasi dalam Program Big Open Wrangle (BOW) dan inisiatif-inisiatif lain. Program BOW merupakan satu pertandingan pembangunan aplikasi mudah alih, penciptaan data baharu atau penyelidikan secara dalam talian, mulai pada 5 Oktober 2017 sehingga 4 April 2018.

OBJEKTIF

Program ini bertujuan untuk:

1. Meningkatkan impak data terbuka melalui promosi dan penerbitan berkaitan Data Terbuka;

2. Meningkatkan kualiti dan kuantiti Data Terbuka;

3. Meningkatkan bilangan penggunaan Data Terbuka di kalangan rakyat di dalam dan luar Negara;

4. Menggalakkan projek dan inisiatif yang memberikan faedah kepada bisnes atau sosial dan insights sebagai hasil daripada penggunaan
    data terbuka; dan

5. Meningkatkan kedudukan Malaysia di dalam indeks data terbuka antarabangsa.

IMPAK

Antara impak program ini adalah seperti berikut:

1. Meningkatkan kuantiti dan kualiti set data;

2. Meningkatkan promosi Data Terbuka; dan

3. Meningkatkan ranking Open Data Barometer.

 Dikemas kini pada 01.07.2019

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     161
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 1286
Jumlah pelawat: 808283
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

Perkhidmatan Online
Number of Online Services
Piagam Pelanggan
Publishing
Sitemap
Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi