SEKSYEN PERKHIDMATAN DALAM TALIAN
1. Merancang, mengurus dan memantau pelaksanaan, penyediaan, penggunaan dan kepuasan pengguna perkhidmatan dalam talian kerajaan.
2. Merancang, mengurus dan memantau pelaksanaan komuniti/kemudahan tanpa tunai di sektor awam.
3. Merancang, mengurus dan memantau pelaksanaan e-pembayaran sektor awam.
4. Merancang, mengurus dan menyelaras pengoperasian dan meja bantuan gerbang sistem penyampaian perkhidmatan dalam talian kerajaan.
5. Merancang, mengurus dan menyelaras kandungan gerbang sistem penyampaian perkhidmatan dalam talian kerajaan berkonsepkan life-event di sektor awam.
6. Merancang, mengurus dan menyelaras pelaksanaan lonjakan penarafan-penarafan kerajaan digital di peringkat antarabangsa.
7. Merancang, mengurus dan memantau pematuhan ke atas laman web agensi sektor awam.
SEKSYEN DATA RAYA DAN DATA TERBUKA
1.Merancang, mengurus, menyelaras dan menyenggara pelaksanaan program transformasi perkhidmatan berpacukan data kearah mewujudkan Government Data Ocean.
2.Merancang, mengurus dan menyelaras pelaksanaan analitis data raya di sektor awam
3.Merancang, mengurus, menyelaras dan menyenggara platform Analitis Data Raya Sektor Awam (DRSA).
4.Merancang, mengurus, dan menyelaras kompetensi analitis data raya di sektor awam melalui kolaborasi dengan rakan strategik.
5.Merancang, mengurus, memantau dan menyelaras program data terbuka bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat dan penarafan negara di peringkat antarabangsa.
6.Merancang, mengurus dan menyelaras kandungan portal data terbuka bagi menyediakan one-service-centre kepada pelbagai kategori pengguna.
7.Merancang, mengurus dan menyelaras perkhidmatan sokongan teknikal dan menyenggara platform data terbuka sedia ada.
8.Merancang, mengurus, menyelaras dan menggalakkan penggunaan dan inovasi data terbuka kepada pelbagai kategori pengguna seperti agensi kerajaan, industri, komuniti dan akademia.
9.Merancang, mengurus dan menyelaras kompetensi peneraju data terbuka di sektor awam.
SEKSYEN PERKHIDMATAN PERKONGSIAN MAKLUMAT
1. Merancang, mengurus dan menyelaras pelaksanaan strategi program pengurusan dan perkongsian data merentasi agensi kerajaan melalui pelaksanaan Malaysian Government Central Data Exchange (MyGDX).
2. Merancang, mengurus dan menyelaras pelaksanaan National Registries untuk agensi kerajaan.
3. Merancang, mengurus, menyelaras pembangunan dan pengujian servis pengintegrasian MyGDX, termasuk mengenal pasti ketersediaan agensi membangunkan servis pengintegrasian.
4. Merancang dan melaksana tadbir urus pelaksanaan inisiatif MyGDX secara terpusat.