SEKSYEN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR RANGKAIAN ICT
- Merancang, melaksana dan mengurus infrastruktur rangkaian MyGov*Net.WAN;
- Merancang, melaksana dan mengurus infrastruktur rangkaian MyGov*Net.Global;
- Merancang, melaksana dan mengurus infrastruktur rangkaian MyGov*Net.PCN;
- Meningkatkan mutu perkhidmatan MyGov*Net dengan memberi nilai tambah dalam aspek teknologi dan pengoperasian;
- Merangka dan mengurus pelaksanaan kajian impak, kajian kepuasan pelanggan, penilaian rangkaian, penyediaan artikel dan laporan berkaitan rangkaian MyGov*Net;
- Merancang pelaksanaan konsolidasi, migrasi dan integrasi rangkaian MyGov*Net dan kolaborasi rangkaian di antara Agensi; dan
- Memberi khidmat nasihat dalam penyediaan perkhidmatan rangkaian agensi Sektor Awam.
SEKSYEN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR PUSAT DATA
- Menyediakan fasiliti infrastruktur pusat data yang lengkap merangkumi aspek mekanikal, elektrikal dan sivil sebagai sokongan kepada perkhidmatan MyGovCloud@PDSA;
- Merancang, merangka, melaksana, mengurus, menyelenggara, menganalisa dan menilai keperluan Perkhidmatan Pengkomputeran AwanSektor Awam;
- Merangka, menilai, menganalisa keperluan peralatan dan perisian ICT bagi kegunaan Agensi Sektor Awam secara gunasama;
- Merangka, menilai, menganalisa dan mengurus pelaksanaan konsolidasi dan migrasi Pusat Data Agensi Sektor Awam;
- Merangka, menilai, menganalisa dan mengurus pelaksanaan konsolidasi dan migrasi Pusat Pemulihan Bencana (DRC) Agensi Sektor Awam;
- Merangka, menilai, menganalisa dan mengurus fasiliti pusat data;
- Merancang, merangka, melaksana, mengurus, memantau dan mengoperasi bantuan teknikal bagi infrastruktur dan perkhidmatan ICT dan persekitaran public cloud; dan
- Memberi khidmat sokongan teknikal dan kepakaran dalam perkhidmatan rangkaian ICT dan teknologi terkini peralatan dan perisian pusat data serta Cloud Computing.
- Merancang dan mengkoordinasi perhubungan dengan empat (4) Panel cloud service provider (CSP) dan managed service provider (MSP).
- Memantau dan mengkoordinasi perkhidmatan yang disediakan oleh Panel CSP dan MSP.
Rujukan:
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 1 Tahun 2021
- Dasar Perkhidmatan Pengkomputeran Awan
- Garis Panduan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan
- Garis Panduan Perkhidmatan MyGovCloud@PDSA
SEKSYEN KESELAMATAN ICT
- Merancang, mengurus, melaksana dan memantau Perkhidmatan Prasarana Kunci Awam Kerajaan (MyGPKI);
- Merancang, mengurus dan memantau pelaksanaan pembekalan Sijil Digital Kerajaan (Sijil Digital Pengguna dan Sijil Digital Pelayan) yang dikeluarkan oleh pihak Certification Authority (CA);
- Memberi khidmat nasihat berkaitan penggunaan PKI kepada agensi sektor awam dan menyediakan perkhidmatan meja bantuan serta khidmat sokongan teknikal kepada pengguna Sistem GPKI;
- Merancang, mengurus dan melaksanakan Information Security Management System (ISMS) bagi Perkhidmatan MyGPKI;
- Merancang, mengurus dan melaksana Perkhidmatan Makmal Digital Forensik (MyDFLab); dan
- Merancang dan mengurus pelaksanaan Computer Emergency Response Team (CERT) MAMPU.
SEKSYEN PEMBANGUNAN GERBANG KONSOLIDASI DAN INTEGRASI PERKHIDMATAN ICT
- Merancang, melaksana dan mengurus perkhidmatan Komunikasi Bersepadu Sektor Awam.
- Merancang, melaksana dan mengurus perkhidmatan pengoperasian, kawalan dan pemantauan berpusat bagi perkhidmatan Komunikasi Bersepadu Sektor Awam.
- Merancang, menilai, memantau, menganalisa dan menyelaras keperluan infrastruktur Komunikasi Bersepadu Sektor Awam.
- Merancang dan menguruskan perkhidmatan meja bantuan pengguna perkhidmatan Komunikasi Bersepadu Sektor Awam.
- Memantau, menilai, dan menyelenggara aspek keselamatan bagi perkhidmatan Komunikasi Bersepadu Sektor Awam.
- Merancang, melaksana dan mengurus peluasan perkhidmatan Komunikasi Bersepadu Sektor Awam di agensi baharu.
- Merancang, melaksana dan mengurus pengurusan perubahan Komunikasi Bersepadu Sektor Awam.