Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025
Bahagian Perancangan Dan Komunikasi Korporat

SEKSYEN PERANCANGAN, PENERBITAN DAN MULTIMEDIA

A. UNIT PERANCANGAN DAN MULTIMEDIA

1. Merancang dan menyelaras Perancangan Strategik (SKT dan KPI) MAMPU selari dengan Agenda Transformasi Negara;
2. Merancang dan menyelaras penyediaan Pelan Strategik MAMPU;
3. Menjalankan kajian semula strategi pelaksanaan Pelan Strategik MAMPU;
4. Menyelaras penggunaan sistem pemantauan program/projek MAMPU dan BPKK (MyPrestasi);
5. Menyelaras, memantau dan melaksanakan Pelan Risiko MAMPU;
6. Mengurus dan mengemaskini kandungan Portal MAMPU;
7. Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kandungan Portal MAMPU;
8. Memantau maklum balas/ pertanyaan/ aduan/ cadangan yang diterima melalui Portal dan Webmaster MAMPU;
9. Mengurus, memantau, dan mengemaskini hebahan mengenai inisiatif, program dan aktiviti MAMPU;
10. Menyelaras penyertaan hebahan dalam media sosial MAMPU;
11. Memantau dan menyelaras maklum balas/pertanyaan/ aduan/ cadangan yang diterima melalui media sosial MAMPU;
12. Menyelaras dan menyediakan rekaan grafik bagi promosi, korporat dan penerbitan; dan
13. Menyelaras penugasan fotografi bagi program dan aktiviti MAMPU.

B. UNIT PENERBITAN DAN PERPUSTAKAAN

1. Menyelaras dan menyediakan penerbitan buku, buletin, laporan tahunan dan penerbitan-penerbitan berkala MAMPU;
2. Menyelaras dan mengedarkan penerbitan-penerbitan lain MAMPU;
3. Menguruskan penerbitan pekeliling, surat arahan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh MAMPU;
4. Mengurus koleksi, perolehan dan peminjaman buku di perpustakaan;
5. Menyelaras program/aktiviti perpustakaan;
6. Mengurus rekod harian laporan keratan akhbar utama tempatan kepada Pejabat Ketua Pengarah;
7. Merancang keperluan bajet tahunan Perpustakaan; dan
8. Mengurus pelaksanaan sistem berkomputer dan laman web perpustakaan.

SEKSYEN KOMUNIKASI KORPORAT, PROMOSI DAN PERHUBUNGAN AWAM

A. UNIT KORPORAT DAN ANTARABANGSA

1. Merancang dan menyelaras peningkatan imej korporat MAMPU;
2. Menyelaras lawatan perkongsian pengalaman dan amalan-amalan terbaik berkaitan penyampaian perkhidmatan awam;
3. Memantau dan memastikan pematuhan imej korporat MAMPU;
4. Menyelaras program/aktiviti di bawah Jawatankuasa Imej dan Rebranding MAMPU;
5. Menyampaikan taklimat mengenai MAMPU;
6. Memantau dan menilai pematuhan Piagam Pelanggan MAMPU;
7. Menyelaras dan memantau Pengurusan Aduan MAMPU;
8. Memudahcara perhubungan pelanggan dan stakeholder MAMPU;
9. Menyediakan dan menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan Luaran MAMPU;
10. Memudahcara perhubungan bagi Crisis Communication Team (CCT);
11. Menyelaras dan memantau Pegawai Khidmat Pelanggan (PKP) di kaunter Khidmat Pelanggan MAMPU Putrajaya;
12. Merancang dan menyelaras penyertaan MAMPU dalam program antarabangsa melalui forum/jawatankuasa teknikal/program anugerah dan kolaborasi strategik;
13. Menyelaras lawatan peringkat antarabangsa untuk perkongsian pengalaman dan amalan-amalan terbaik berkaitan penyampaian perkhidmatan awam; dan
14. Mengenalpasti peluang-peluang kerjasama baru dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

B. UNIT PERHUBUNGAN AWAM

1. Merangka dan melaksanakan strategi Program Promosi dan Perhubungan Awam MAMPU ke arah pembentukan imej positif melalui perancangan promosi dan publisiti yang strategik dan berkesan;
2. Menyediakan bahan promosi inisiatif/produk dan pameran;
3. Melaksanakan Kolaborasi Strategik Promosi Penyampaian Perkhidmatan Awam bersama Media dan Agensi Kerajaan;
4. Mengenal pasti Inisiatif-inisiatif Kerajaan untuk dipromosikan;
5. Menjalankan Kajian Keberkesanan Promosi Penyampaian Perkhidmatan Awam;
6. Merancang dan melaksanakan promosi penyampaian perkhidmatan awam melalui penganjuran Majlis Utama MAMPU;
7. Mengurus Pameran Promosi Penyampaian Perkhidmatan Awam bersama Agensi-agensi Sektor Awam;
8. Memperkukuhkan Kolaborasi Perhubungan Awam di antara Agensi-agensi Sektor Awam; dan
9. Mengendalikan aktiviti perhubungan awam seperti hebahan, berita dan informasi terkini kerajaan kepada warga MAMPU dan agensi sektor awam lain.

C. UNIT PENYELARASAN DAN KEURUSETIAAN

1. Menyelaras draf jawapan MAMPU kepada Menteri berhubung pertanyaan dari Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara;
2. Mengurusetiakan Mesyuarat Pengurusan Kanan MAMPU (MPKM);
3. Mengurusetiakan Mesyuarat di Bahagian;
4. Menguruskan hal ehwal kewangan, perkhidmatan serta pentadbiran bahagian;
5. Menguruskan hal ehwal pegawai dan kakitangan bahagian;
6. Memberi khidmat sokongan kepada aktiviti utama di semua seksyen; dan
7. Menyelaras aktiviti bahagian untuk pengurusan kualiti seperti EKSA, ISO dan sebagainya.

 

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     2562
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 1175
Jumlah pelawat tahun semasa: 609466
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

SPOT-ME Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi