Bahagian Perundingan Pengurusan 1 (BPP1) bertanggungjawab:
- Merancang, menyelaras dan melaksana khidmat rundingan / nasihat berkaitan Pelan Strategik Organisasi, Pengurusan Risiko, Pengurusan Perubahan dan Business Process Reengineering (BPR).
- Merancang, menggubal menyemak dan membangunkan dasar/ pekeliling, radas pengurusan (tools)
dan modul/garis panduan bagi Pelan Strategik Organisasi, Pengurusan Risiko,
Pengurusan Perubahan, Business Process
Reengineering (BPR) dan sistem, proses dan prosedur kerja - Memantau penghasilan dokumen / produk hasil khidmat rundingan dan pelaksanaannya bagi tujuan validasi dan penambahbaikan berterusan.
- Menginstitusikan ilmu pengetahuan dan amalan berstruktur berkaitan pengurusan perubahan.
Terdapat TIGA (3) seksyen di Bahagian ini yang menjalankan fungsi masing-masing seperti di bawah :
Seksyen Transformasi Pengurusan 1
- Merancang, menyelaras dan melaksana khidmat rundingan / nasihat berkaitan Pelan Strategik Organisasi dan Pelan Pengurusan Risiko kepada agensi yang memohon melalui kumpulan perunding yang dilantik (perbincangan awal / pra bengkel / bengkel/ ceramah / taklimat);
- Menyediakan laporan khidmat rundingan Pelan Strategik Organisasi dan Pelan Pengurusan Risiko oleh kumpulan perunding yang dilantik;
- Memantau penghasilan dokumen / produk hasil khidmat runding Agensi Sektor Awam dan pelaksanaannya bagi tujuan validasi dan penambahbaikan berterusan; dan
- Menyemak dan menambahbaik Panduan Pembangunan Pelan Strategik Organisasi Sektor Awam (PSOSA) dan panduan pembangunan pelan risiko sektor awam.
Seksyen Transformasi Pengurusan 2
- Merancang, menyelaras dan melaksana khidmat rundingan / nasihat berkaitan Business Process Reengineering (BPR) kepada agensi yang memohon melalui kumpulan perunding yang dilantik (perbincangan awal / pra bengkel / bengkel / ceramah / taklimat);
- Menyediakan laporan khidmat rundingan BPR oleh kumpulan perunding yang dilantik;
- Memantau hasil khidmat runding BPR dan pelaksanaannya bagi tujuan validasi dan penambahbaikan berterusan; dan
- Menyemak dan menambahbaik pekeliling sedia ada berkaitan BPR.
Seksyen Transformasi Pengurusan 3
(Pengurusan Perubahan/ Gelagat Organisasi/ Pembangunan Dasar Operasi dan Modul)
- Membangunkan mekanisme atau kaedah mengurus perubahan secara berstruktur dalam sektor awam;
- Melaksanakan proses libat urus bersama agensi awam bagi tujuan validasi model/ kaedah mengurus perubahan untuk penambahbaikan berterusan;
- Menganalisis dan mengesyorkan cadangan penambahbaikan mekanisme bersesuaian dalam mengurus perubahan secara berstruktur sektor awam peringkat projek atau/ dan organisasi;
- Membangunkan kapasiti pengurusan perubahan organisasi awam;
- Menyediakan perkhidmatan perundingan berkaitan pengurusan perubahan sektor awam peringkat organisasi mahupun projek;
- Mengurus perubahan dalam segmen pengurusan projek-projek MAMPU terpilih