Penggubalan Dasar Makro
1. Menggubal dasar makro perancangan pengurusan dan pemodenan tadbiran bagi sektor awam.
2. Memberi input dasar makro kepada penggubalan dasar pendigitalan.
Penyelarasan Dasar
1. Menyedia dan menyelaras kertas strategi program/ projek/ inisiatif MAMPU di bawah Rancangan Malaysia.
2. Menyelaras input maklum balas mesyuarat-mesyuarat utama Kerajaan (Mesyuarat Jemaah Menteri, Mesyuarat KSU dan
KP, Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara).
3. Menguruskan Dokumen Dasar dalam Sistem Repositori Dasar dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam MAMPU.
Pemantauan Dasar
1. Melaksanakan tinjauan impak pemodenan (TIP) sektor awam.
2. Menjalankan analisa dan mencadangkan penambahbaikan dasar-dasar yang telah dikeluarkan oleh
MAMPU.
3. Memantau status pelaksanaan program/ projek/ inisiatif MAMPU di bawah Rancangan Malaysia
dan dokumen-dokumen dasar Nasional yang lain.
Khidmat Keurusetiaan
1. Mengurus setiakan mesyuarat-mesyuarat berkaitan dasar pemodenan sektor awam seperti Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pemodenan Perkhidmatan Awam (JPPPA),Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Perakuan dan Pemantauan Dasar MAMPU (JKPPD),Mesyuarat Jawatankuasa Perakuan dan Pemantauan Dasar MAMPU (JPPD), Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan dan Pemantauan Pelaksanaan KemajuanInisiatif-Inisiatif Berkaitan MAMPU di Bawah Laporan/ Indeks Utama (JPPPKI).
Khidmat Nasihat dan Konsultasi
1. Memberi khidmat nasihat berkaitan penggubalan dasar pentadbiran dan pemodenan awam.