SEKSYEN PEMBANGUNAN ICT
1. Merancang , melaksana, menyelaras dan memantau program perluasan dan pembudayaan inisiatif ICT MAMPU yang baharu bagi agensi persekutuan di Sarawak.
2. Merancang , memantau, menyelaras dan melaksanakan program khidmat rundingan dan khidmat nasihat teknikal berkaitan pelaksanaan projek ICT, Pembangunan Sistem Aplikasi dan Keselamatan ICT.
3. Merancang, memantau dan menyelaras program peningkatan keupayaan kemahiran PTM/PPTM/FT agensi persekutuan Sarawak.
4. Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program inspektorat dan naziran projek ICT sektor awam di Negeri Sarawak.
5. Merancang dan menyelaras penerbitan Buletin MAMPU Sarawak sebagai medium penyaluran maklumat dan pengetahuan berkaitan peranan, inisiatif dan program MAMPU.
6. Menyelaras, melaksanakan dan memantau keperluan teknikal ICT di MAMPU Sarawak.
7. Menyelaras, melaksanakan dan memantau bantuan teknikal ICT berkaitan projek-projek Kerajaan Elektronik yang diterajui oleh MAMPU di samping aspek pengurusan aset ICT bagi jabatan-jabatan kerajaan di Negeri Sarawak.
SEKSYEN TRANSFORMASI DAN PEMODENAN PENGURUSAN 1
1. Merangka, merancang dan melaksanakan program turun padang/lawatan pemantauan ke semua jabatan/agensi Persekutuan.
2. Merangka, merancang dan melaksanakan program penandaarasan jabatan/agensi Persekutuan ke organisasi berprestasi tinggi.
3. Menjalankan penilaian agensi-agensi persekutuan dan negeri untuk tujuan pengiktirafan.
4. Melaksanakan penilaian pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Sarawak.
5. Merancang, melaksana dan menyelaraskan kerja-kerja keurusetiaan majlis/program/bengkel/seminar di bawah bidang kuasa MAMPU bagi sektor awam di Sarawak.
SEKSYEN TRANSFORMASI DAN PEMODENAN PENGURUSAN 2
1. Merancang, melaksana dan menyelaras program khidmat rundingan/nasihat pemodenan pentadbiran dan sistem penyampaian perkhidmatan kepada sektor awam di Sarawak.
2. Melaksanakan penilaian program Inovasi di Sarawak.
3. Merancang, melaksana dan menyelaraskan kerja-kerja keurusetiaan majlis/program/bengkel/seminar di bawah bidang kuasa MAMPU bagi sektor awam di Sarawak.
4. Merancang dan menyelaras kajian di bawah bidang kuasa MAMPU di Sarawak.
5. Merancang, melaksana dan menyelaraskan tugas keurusetiaan Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak/ Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Inovasi (JKPI) Agensi-agensi Persekutuan Sarawak.
SEKSYEN SUMBER MANUSIA DAN PENTADBIRAN
1. Mengurus tadbir pejabat MAMPU Sarawak.
2. Memastikan pengurusan ruang pejabat dan peralatan pejabat dijalankan dengan teratur dan sempurna.
3. Mengurus tadbir aset dan inventori pejabat dengan lebih tersusun dan sistematik.
4. Mengurus semua hal ehwal perhubungan awam dan perkhidmatan pelanggan.
5. Memastikan dan menyelaras keselamatan dokumen mengikut Akta Rahsia Rasmi, Arahan Keselamatan dan Akta Arkib Negara.
6. Merancang dan melaksanakan pembangunan sumber manusia.
7. Mengurus tadbir hal-hal perkhidmatan termasuk rekod perkhidmatan, pengesahan dalam jawatan, kemasukan tetap dan perpencen, kenaikan pangkat, pertukaran, pengisytiharan harta, penilaian prestasi tahunan, persaraan dan tatatertib.
8. Membantu, melaksana dan menyelaraskan kerja-kerja keurusetiaan majlis/ program/ bengkel/ seminar di bawah bidang kuasa MAMPU bagi sektor awam di Sarawak.
9. Merangka, merancang dan melaksanakan program turun padang ke semua jabatan/agensi Persekutuan.
SEKSYEN KEWANGAN
1. Menyedia dan mengawal peruntukan dan perbelanjaan tahunan.
2. Mengurus semua pembayaran emolumen, bil dan tuntutan.
3. Mengurus tempahan tiket pengangkutan awam.
4. Mengurus pesanan tempatan.
5. Mengurus terimaan dan akaun Panjar Wang Runcit.
6. Memantau pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer.
7. Mengurus pelaporan kewangan.
8. Membantu melaksana dan menyelaraskan kerja-kerja keurusetiaan majlis/ program/ bengkel/ seminar di bawah bidang kuasa MAMPU bagi sektor awam di Sarawak.