orange green b

HEADER MAMPU6 BM

soalan lazim2 | hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Pengenalan dan Terma Rujukan

Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) yang ditubuhkan pada 6 Februari 1998 bertanggungjawab menentukan arah tuju, dasar dan strategi pembangunan ICT serta memantau semua program ICT Sektor Awam. Terma rujukan JITIK adalah seperti berikut:

•    Menetapkan visi dan arah tuju bagi pembangunan dan pelaksanaan ICT di Sektor Awam;
•    Menimbang bidang strategik dan keutamaan serta memperakukan pelan tindakan dalam pembangunan dan pelaksanaan ICT di Sektor Awam;
•    Bertindak sebagai penasihat kepada Kerajaan mengenai dasar ICT bagi Sektor Awam berasaskan perkembangan ICT semasa dan pembangunan negara;
•    Menentukan dasar dan strategi pembangunan dan pelaksanaan ICT di Sektor Awam; dan
•    Menyelaras dan memantau pelaksanaan program pembangunan ICT di Sektor Awam.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 2, Blok B
Bangunan MKN - Embassy Techzone
No. 3200 Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya, Selangor
(u.p:  Pengarah, Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT)


Kemas kini: 01.07.2019