orange green b

HEADER MAMPU6 BM

soalan lazim2 | hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Pusat Latihan Malaysia atau Malaysia Training Centre (MyTC) adalah salah satu usaha untuk merealisasikan agenda transformasi Negara.

Projek MyTC ini membolehkan penggunaan fasiliti sedia ada di Institut Latihan Awam (ILA) dan Agensi Kerajaan dikongsi secara menyeluruh dan penggunaannya dapat dioptimumkan oleh pelbagai pihak. Projek ini dilaksanakan untuk memenuhi kehendak rakyat yang menginginkan perkhidmatan yang pantas dan meluas. Justeru projek ini merupakan salah satu inisiatif bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada Rakyat.

Inisiatif ini diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Unit Perancang Ekonomi bersama rakan-rakan strategik iaitu Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Belia dan Sukan. Pelaksanaan Projek MyTC adalah contoh terbaik kolaborasi strategik agensi-agensi Perkhidmatan Awam pelbagai Kementerian dan jabatan untuk merealisasikan projek ini. Ianya bukanlah terbina hasil usaha sebuah agensi sahaja, malah ia merupakan hasil kerjasama pelbagai agensi Perkhidmatan Awam yang berganding bahu dalam semangat yang sama iaitu mengangkat kepentingan rakyat sebagai keutamaan pentadbiran Kerajaan.

Tujuan

Untuk merealisasi Projek MyTC ini, Portal MyTC dibangunkan. Portal MyTC merupakan gerbang (gateway) elektronik yang menyimpan maklumat fasiliti yang ditawarkan oleh ILA/ Agensi Kerajaan. Portal ini akan memudahkan penjawat awam, sektor swasta, badan berkanun, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam untuk mendapatkan maklumat dan membuat tempahan fasiliti yang ditawarkan.

Perkhidmatan  yang ditawarkan oleh MyTC

Perkhidmatan disediakan meliputi perkara berikut:  

  1. Menyediakan maklumat berkaitan fasiliti Institut Latihan Awam (ILA)/ Agensi Kerajaan; dan

  2. Menyediakan kemudahan tempahan fasiliti yang ditawarkan oleh Institut Latihan Awam.

 
Permohonan Perkhidmatan MyTC

Tiada sebarang syarat dikenakan untuk mendaftar di Portal MyTC. Pengguna Portal MyTC boleh membuat carian dan tempahan fasiliti yang ditawarkan oleh Institut Latihan Awam (ILA)/ Agensi Kerajaan. Sekiranya tuan/puan memerlukan fasiliti untuk menjalankan latihan, kursus, majlis keraian dan lain-lain aktiviti berkaitan, tuan/puan boleh menempah fasiliti yang ditawarkan oleh ILA/ Agensi Kerajaan berkenaan.

Capaian Portal MyTC

>> http://www.mytc.gov.my/


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
(u.p:  Pengarah, Bahagian Pembangunan Aplikasi)


Pegawai untuk dihubungi :   

Puan Siti Zubaidah binti Abu Hassan
Timbalan Pengarah
Bahagian Pembangunan Aplikasi, MAMPU.
Telefon: 03-8872 6229 / 013-2403081
E-mel : szubaidah[at]mampu[dot]gov[dot]my

 

Encik Nurul Hafizi bin Abu Bakar
Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Aplikasi, MAMPU
Telefon: 03-8872 6220 
E-mel : hafizi[at]mampu[dot]gov[dot]my

 

Bantuan

Sebarang aduan masalah berkaitan Perkhidmatan MyTC boleh menghubungi meja bantuan seperti di bawah :

Call Centre Servicedesk MyTC

E-mel       :  pmo1mtc[at]mampu[dot]gov[dot]my

Call Centre MyGCC (Malaysia Government Call Centre)

E-mel       : 80008000[at]1mocc[dot]gov[dot]my

Telefon     : 03-8000 8000

Call Centre Service Desk MAMPU

E-mel       : servicedesk[at]mampu[dot]gov[dot]my

Telefon     : 03-8892 4001

 

                                                                                                                                                                                                  Dikemas kini pada 19.09.2019