orange green b

HEADER MAMPU6 BM

soalan lazim2 | hubungi kami2| aduan2| petalaman3

PEGAWAI KESELAMATAN ICT (ICTSO) MAMPU


pegawai ICTSO ENCIK ABDUL LATIF BIN ISMAIL

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

Peranan dan Tanggungjawab

  1. Memastikan semua infrastruktur keselamatan ICT MAMPU menepati prinsip-prinsip keselamatan berpandukan Rangka Dasar  Keselamatan ICT dan Arahan Keselamatan Kerajaan;
  2. Menyedia dan mengkaji semula dokumen infrastruktur keselamatan ICT MAMPU bagi tujuan audit keselamatan ICT;
  3. Mengenal pasti bidang-bidang keselamatan ICT MAMPU yang perlu diberikan perhatian rapi;
  4. Memastikan tahap keselamatan ICT MAMPU adalah terjamin setiap masa;
  5. Memastikan semua warga MAMPU memahami keperluan standard, garispanduan dan prosidur keselamatan di bawah Rangka Dasar Keselamatan ICT Kerajaan;
  6. Menjalankan penilaian risiko dan program-program keselamatan ICT di MAMPU;
  7. Mewujudkan pelan tindakan bagi mengurus risiko akibat dari ketidak patuhan kepada standard, garispanduan dan prosedur keselamatan ICT di MAMPU;
  8. Melaporkan kepada GCERT MAMPU mengenai sebarang insiden keselamatan ICT yang berlaku di MAMPU;
  9. Membantu dalam membangunkan standard, garispanduan dan prosidur untuk aplikasi, sistem dan infrastruktur ICT di MAMPU bagi mematuhi keperluan Dasar Keselamatan ICT Kerajaan;
  10. Mewujudkan program-program bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan pembudayaan mengenai teknologi dan mekanisme kawalan maklumat dan aset ICT, ancaman-ancaman siber dan peranan dan tanggugjawab pengguna dalam mengendalikan kemudahan ICT di MAMPU;
  11. Menyebar dan menyalurkan amaran awal terhadap ancaman-ancaman yang berpotensi menyebabkan kerosakan besar kepada aset ICT MAMPU; dan
    Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT di MAMPU.

 

                                                                                                                                                                                                        Dikemas kini pada 15.07.2019