orange green b

HEADER MAMPU6 BM

soalan lazim2 | hubungi kami2| aduan2| petalaman3

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)

MAMPU memainkan peranan penting dalam memacu, merintis dan mentransformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam. Sebagai agensi pusat bagi pemodenan pentadbiran dan transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam, MAMPU melaksanakan enam (6) peranan utama iaitu sebagai:

  1. Penggerak dan peneraju pemodenan pentadbiran dan pengurusan bagi perkhidmatan awam.

  2. Perancang dan peneraju dalam pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi perkhidmatan awam.

  3. Pakar runding dalam pengurusan organisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) perkhidmatan awam.

  4. Pemudah cara bagi pelaksanaan pemodenan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

  5. Penyelidik pemodenan tadbiran dan perancangan pengurusan perkhidmatan awam.

  6. Pelaksana promosi sistem penyampaian perkhidmatan awam.

 

 


                                                                                                                                                                                                Dikemas kini pada 29.01.2019