orange green b

HEADER MAMPU6 BM

soalan lazim2 | hubungi kami2| aduan2| petalaman3

                       

                         

Kaji Selidik Penggunaan dan Perancangan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam

Perkhidmatan Pengkomputeran Awam merupakan perkhidmatan yang bergantung kepada sumber pengkomputeran (contohnya pelayan, storan, pangkalan data, rangkaian dan perisian) secara perkongsian dan dicapai menerusi rangkaian Internet atau Wide Area Network (WAN). Perkhidmatan ini disediakan secara mudah dan pantas melalui pengurusan yang minimum dengan pembekal perkhidmatan bagi membolehkan Agensi Sektor Awam memperoleh sumber ICT dengan cepat, mudah, terkawal dan fleksibel.

Bagi memperkasa perkhidmatan pengkomputeraan awan di agensi Sektor Awam, kerajaan telah melantik empat (4) syarikat penyedia perkhidmatan pengkomputeran awan (CSP) bagi menyediakan perkhidmatan public cloud, manakala perkhidmatan private cloud disediakan di MAMPU menerusi MyGovCloud@PDSA.

Kaji Selidik ini dijalankan bagi memperoleh maklumat berhubung penggunaan dan perancangan pengkomputeran awan di agensi Sektor Awam. Tiga (3) elemen utama yang dinilai adalah tadbir urus, penggunaan dan keperluan pengkomputeran awan di agensi merangkumi perkhidmatan Infrastructure as a Service (IaaS), Platform as a Service (PaaS) dan Software as a Service (SaaS).

Maklumat ini diperlukan bagi membolehkan MAMPU merangka keperluan pengkomputeran awan ke arah konsolidasi keperluan ICT Kerajaan serta mempergiat pembangunan ekonomi digital negara, seiring dengan “Cloud First Strategy” menerusi Mesyuarat MSC Implementation Council (ICM) Ke-29 pada 19 Oktober 2017 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.

Kaji Selidik ini mengandungi lima (5) bahagian iaitu:
1. Profil Agensi
2. Tadbir Urus Pengkomputeran Awan
3. Penggunaan Semasa Pengkomputeran Awan
4. Perancangan Keperluan Pengkomputeran Awan
5. Perkhidmatan Sokongan

Capaian kepada kaji selidik boleh dilayari di pautan https://bit.ly/3mOFaDU

Kerjasama tuan/puan menjayakan kaji selidik ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sebarang pertanyaan berkenaan kaji selidik ini, sila hubungi:

1. Ts. Adi Azlan bin Mohd Ali (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
2. Ts. Mohamed Hairul bin Othman (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Unit Pengurusan Pusat Data
Bahagian Perundingan ICT
MAMPU