orange green b

HEADER MAMPU6 BM

soalan lazim2 | hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) mengalu-alukan kerjasama anda untuk memberi maklum balas/cadangan/pertanyaan berkenaan perkhidmatan kami. Saluran yang disediakan adalah:
•    Undian Mengenai Portal (link: http://www.mampu.gov.my/ms/nilai-perkhidmatan-kami/questions)
•    Maklumbalas Portal (link http://www.mampu.gov.my/ms/maklum-balas-portal-mampu)
•    Kajian Kepuasan Pelanggan (Link: http://www.mampu.gov.my/ms/kajian-kepuasan-pelanggan?tpl=start)
•    Facebook
•    Twitter


Senarai yang dipaparkan ini adalah maklum balas/ cadangan/ pertanyaan orang awam yang telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Setiap maklum balas/ cadangan/ pertanyaan yang telah diambil tindakan akan dipaparkan di ruangan ini.


Terima kasih di atas sokongan anda.

 

TARIKH NAMA Perkara (Maklum Balas/Pertanyaan/Aduan/Cadangan) Maklum Balas Agensi
28.11.2016

Caryn Loh

Saya ingin membuat pertanyaan mengenai perbezaan antara surat pekeliling dan surat pekeliling am. 

Dengan ini, saya ingin memohon jasa baik Tuan/Puan untuk menerangkan perbezaan di antara dua dokumen-dokumen tersebut dan aplikasinya.

Untuk makluman puan, pekeliling ialah suatu arahan rasmi mengenai sesuatu dasar kerajaan manakala surat pekeliling pula merupakan suatu penjelasan tentang pelaksanaan sesuatu dasar yang dinyatakan dalam pekeliling. Dalam konteks surat pekeliling am, ianya merupakan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM). Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan mengenai surat pekeliling am, puan bolehlah menghubungi terus pihak JPM.
10.10.201 6 Jagjit Singh A/L Karam Singh Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberi alamat penuh Seksyen Inovasi Dan Pengurusan Prestasi, Bahagian Penyelidikan Dan Pengurusan di MAMPU Putrajaya. Pengarah
Bahagian Penyelidikan dan Pengurusan
(Seksyen Inovasi dan Pengurusan Prestasi)
Aras 3, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
8.10.2016 Encik Ahmad Rabbani Bin Omar Internship Placement for Networking Dukacita dimaklumkan bahawa permohonan tuan untuk menjalani latihan industri di Jabatan ini tidak dapat dipertimbangkan kerana kuota pengambilan pelajar praktikal telah penuh di MAMPU.
6.10.2016 Cik Nur Aqilah Binti Rosli  Tuan/puan,saya Nur Aqilah Binti Rosli pelajar dari IKBN Sri Iskandar berminat menjalani latihan industri di organisasi tuan/puan,disini saya lampirkan resume,surat permohonan dan struktur kurikulum. Dimaklumkan bahawa permohonan pelajar bernama Nur Aqilah binti Rosli dari IKBN Seri Iskandar untuk menjalani latihan industri di Jabatan ini telah diterima. Justeru itu, pelajar terlibat dimohon untuk melapor diri ke Bahagian Khidmat Pengurusan MAMPU pada 03 Januari 2017 (Selasa). Kerjasama pelajar terlibat juga dimohon untuk membawa 3 salinan kad pengenalan, 2 keping gambar berukuran pasport dan 3 salinan penyata akaun bank ketika melapor diri.
30.09.2016 Puan Aida Nusairah bt Hashim Musaimi  Maklumat DDSA Untuk makluman, puan perlu melayari web Sistem DDSA url  http://sddsa.mampu.gov.my dan lakukan Pendaftaran akaun baru (isikan butiran-butiran yang diperlukan). Katalaluan sistem akan diemelkan untuk puan login ke sistem.
6.9.2016 Noor Nashalida Wahiddin Sistem MyBooking Untuk makluman puan, Sistem MyBooking boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal http://dev.amtis.net/oscc_mampu/index.php/ms/about-mybooking. Namun jika memerlukan maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan pihak OSCC atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk maklumbalas segera.
5.8.2016 Mesna binti Ab.Rahaman Mohon bimbingan perkhidmatan berkualiti melalui ceramah Terlebih dahulu Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) mengucapkan terima kasih atas perhatian dan komitmen pihak tuan/puan berkenaan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) atau dahulunya dikenali sebagai Amalan 5S. Untuk makluman tuan/puan, MAMPU telah menjenamakan semula Amalan 5S kepada EKSA dengan memberikan suntikan elemen pembaharuan dan penambahbaikan kepada Amalan 5S yang dilaksanakan sebelum ini.
5.8.2016 Nik Nur Amira Aqila Bt Nik Mohd Zaki Permohonan jawatan pereka grafik Untuk makluman, isu ini telah diselesaikan oleh pegawai yang berkenaan pada 8 Ogos 2016 ( Isnin) secara email kepada Cik Nik Nur Amira  dan telah cc kepada Unit UHEK.
 8.6.2016  Mohd Syukri Bin Wazirruddin  Merujuk perkara diatas saya memohon daripada pihak tuan untuk memberikan code 1Akses Majlis Daerah Kampar supaya kami dapat memasukan ia dalam portal kami.  Dimaklumkan bahawa tuan perlu login keDimaklumkan bahawa tuan perlu login ke www.malaysia.gov.my untuk masuk ke portal 1AKSES.  ID dan kata laluan yang telah didaftarkan sebagai Pentadbir 1AKSES Agensi bagi Majlis Daerah Kampar

                                                                                                                                                                                                     Dikemas kini pada 02.07.2019