orange green b

HEADER MAMPU6 BM

soalan lazim2 | hubungi kami2| aduan2| petalaman3

PELAWAAN KEMUDAHAN PENAJAAN UNTUK PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA DAN KEDOKTORAN (Ph.D) SECARA SEPENUH MASA SESI 2020 BAGI PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) rujukan JPA(I)S.175/22/1/ Klt .14(2) bertarikh 19 April 2019 adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) bagi perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Bukan Gunasama yang berminat untuk memohon kemudahan penajaan bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) Secara Sepenuh Masa bagi Sesi 2020. Permohonan penajaan tersebut adalah tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan SERTA Ketua Perkhidmatan. Bagi maksud ini, Ketua Perkhidmatan bagi Skim F ialah Ketua Pengarah MAMPU. Oleh yang demikian, semua permohonan bagi Pegawai Skim F hendaklah melalui MAMPU dan diperakukan Ketua Pengarah MAMPU.

3. Pegawai yang berminat boleh melayari portal eSila JPA http://esilav2.jpa.gov.my untuk mengetahui syarat dan tatacara permohonan. Permohonan secara dalam talian dibuka mulai 19 April 2019 sehingga 17 Mei 2019. Pemohon perlu memastikan data yang dikemukakan adalah tepat dan diingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan jika maklumat yang dikemukakan adalah palsu dan tindakan boleh diambil mengikut peraturan/undang-undang sedia ada. Bersama-sama ini disertakan salinan surat pelawaan JPA(I)S.175/22/1/ Klt .14(2) bertarikh 19 April 2019 yang jelas menerangkan maksudnya seperti di lampiran untuk makluman dan rujukan jua.


4. Kesemua permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak seterusnya dihantar ke MAMPU bersama-sama borang dan dokumen seperti berikut:

i. Salinan Ijazah Pertama lengkap dengan transkrip atau perincian peratusan markah/PNGK atau kelulusan yang setaraf dengannya (3 salinan);
ii. Salinan Ijazah Sarjana lengkap dengan transkrip atau perincian peratusan markah/PNGK atau kelulusan yang setaraf dengannya (sekiranya berkaitan) (3 salinan);
iii. Salinan Sijil Perkahwinan dan Sijil Kelahiran anak-anak (bagi calon yang telah berkeluarga) (3 salinan);
iv. Kertas Cadangan Penyelidikan/ Pengajian (5 salinan);
v. Soalan Ekspektasi Penajaan (5 salinan);
vi. Salinan Slip keputusan TOEFL atau IELTS bagi pemohonan pengajian Luar Negara (3 salinan);
vii. Salinan Surat Akuan Doktor oleh Pegawai Perubatan & Kesihatan Berdaftar sekiranya pegawai atau ahli keluarga menghidap penyakit kronik (3 salinan); dan
viii. Borang Perakuan Ketua Jabatan.


5. Untuk makluman juga, bidang pengkhususan bagi Pegawai Teknologi Maklumat ialah Kluster Science, Mathematics and Computing dan sub bidang yang ditawarkan ialah Computer Science. Tuan/puan hendaklah memilih sub bidang ‘computer science’. Berikut ialah sub bidang di bawah bidang yang berkenaan:

• Computer Programming
• Computer Science
• Computer System Analysis
• Computer System Design
• Informatics(Computer Science)
• Network Administration
• Operating Systems
• Programming (Computer)
• Programming Languages
• Software Localisation
• Software Testing


6. Permohonan yang lengkap SAHAJA akan diproses dan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 10 Mei 2019 (Jumaat) kepada:

Seksyen Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Aras 6, Blok B2
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia

7. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, YBhg. Dato'/Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi Nabil Muzhaffar Amir Hamzah/ Puan Kamrun Bibi Mohamed Musa (03-8872 6274/03-8872 6313) atau Unit Pengurusan Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan, JPA (03-8885 3546) sekiranya memerlukan penjelasan lanjut. Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Dato'/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.