orange green b

HEADER MAMPU6 BM

soalan lazim2 | hubungi kami2| aduan2| petalaman3

WhatsApp Image 2019 05 23 at 16.48.20

 

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah menganjurkan Majlis Pelancaran myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dan Panduan Penetapan Tempoh Masa Dalam Carta Alir pada 14 Mei 2019 (Selasa) bertempat di Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri yang disempurnakan oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.

Berkuatkuasa mulai 12 Julai 2018, PKPA Bil. 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dikeluarkan sebagai pendekatan baharu dalam pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawab secara yang lebih komprehensif dan teratur di agensi Kerajaan. Pekeliling ini bertujuan untuk menerangkan kepada agensi Kerajaan berkaitan tatacara penyediaan myPortfolio yang lebih tuntas dan kebolehgunaannya sebagai radas pengurusan sumber manusia ke arah melonjakkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam.

Disediakan pautan bagi rangkuman informasi mengenai Majlis Pelancaran myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam untuk rujukan dan makluman umum.

  1. Buku Panduan myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dan Panduan Penetapan Tempoh Masa Dalam Carta Alir (ebook dan pdf)
  2. Montaj Pelancaran myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam
  3. Sedutan berita di Buletin Utama dan Bernama News Channel
  4. Pemantauan media yang berkaitan majlis