orange green b

HEADER MAMPU6 BM

soalan lazim2 | hubungi kami2| aduan2| petalaman3

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Khidmat Pengurusan, MAMPU sedang dalam proses mengumpul maklumat bagi urusan pertimbangan kenaikan pangkat Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) ke Gred F44, F48, F52 & F54 yang telah memangku sekurang-kurangnya satu (1) tahun mulai 1 April 2018 hingga 30 Jun 2018. Mereka yang tercicir dalam urusan terdahulu turut boleh mengemukakan permohonan. Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan adalah dimohon untuk mengisi dan mengemukakan dokumen yang lengkap seperti berikut:

i. Lampiran I (Senarai Semak),Lampiran A (Borang Maklumat Perkhidmatan Pegawai), Lampiran B (Borang Perakuan Ketua Jabatan), Lampiran C (Surat Akuan Pinjaman Pendidikan) dan Lampiran D (Borang Maklumat Tatatertib) seperti yang dilampirkan;

ii. Salinan LNPT 2016, 2017 dan 2018;

iii. Salinan Pengisytiharan Harta;

iv. Salinan Penyata Pembayaran/ Penyelesaian Pinjaman Pendidikan (sekiranya mempunyai pinjaman pendidikan);

v. Salinan Keputusan Tapisan Keutuhan SPRM; dan

vi. Salinan Kenyataan Buku Perkhidmatan yang mengandungi maklumat:


a) Tarikh Pengesahan Lantikan;

b) Tarikh Pengesahan dalam Perkhidmatan;

c) Tarikh Kenaikan Pangkat Terakhir;

d) Tarikh pegawai melapor diri untuk pemangkuan (termasuk catatan penangguhan jika ada);

e) Cuti Tanpa Gaji dan Cuti Separuh Gaji;

f) Rekod tidak hadir bertugas tanpa kebenaran/ lucut hak emolumen;

g) Rekod Cuti Belajar yang diluluskan; dan

h) Maklumat Tatatertib.

3. Kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan adalah dimohon untuk memanjangkan hebahan ini kepada setiap Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing serta mengemukakan dokumen yang telah lengkap diisi dan disahkan kepada Bahagian Khidmat Pengurusan, MAMPU sebelum atau pada 15 Julai 2019 (Isnin) ke alamat seperti berikut:

Ketua Pengarah

Unit Pemodenan Tadbiran dan

Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Bahagian Khidmat Pengurusan

Aras 6, Blok B2, Kompleks B

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PUTRAJAYA

(u.p.: Encik Au Yeong How)


4. Selain itu, diingatkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian/ Jabatan/ Agensi di bawah seliaan YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ tuan/ puan bertanggungjawab untuk memastikan hanya permohonan daripada pegawai yang memenuhi syarat seperti di Perenggan 2 sahaja dikemukakan ke MAMPU. BPSM juga perlu menyemak dan mengesahkan semua maklumat yang dikemukakan adalah tepat. Sebarang kesilapan fakta yang telah disahkan oleh BPSM boleh menyebabkan permohonan tersebut tidak dipertimbangkan. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan diproses.

5. Sebarang pertanyaan berhubung urusan pertimbangan kenaikan pangkat ini boleh dikemukakan kepada pegawai-pegawai berikut:
No. Nama Pegawai No. Telefon Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
1 Encik Au Yeong How 03-88723071 au
2 Encik Sollihin bin Naim 03-88927430 sollihin

6. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.