orange green b

HEADER MAMPU6 BM

soalan lazim2 | hubungi kami2| aduan2| petalaman3

                       


MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan. Aplikasi MySejahtera dibangunkan melalui kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Aplikasi MySejahtera dibangunkan untuk:

  1. Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19;
  2. Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19;
  3. Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19; dan
  4. Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.

 Maklumat lanjut dan segala hebahan terkini, layari https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/

covid bm 01

Muat turun aplikasi MySejahtera sekarang dan lakukan penilaian risiko dan kesihatan kendiri dari semasa ke semasa. Ketahui juga status hotspot di kawasan anda melalui aplikasi ini.


Muat turun sekarang!

IOS:
https://apps.apple.com/my/app/mysejahtera/id1504055630

Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mysejahtera

Huawei:
https://appgallery.cloud.huawei.com/marketshare/app/C101930603?locale=en_GB&source=appshare&subsource=C101930603


>> FAQ MySejahtera
>> Poster langkah-langkah mendaftar

 

Kemas kini 10 Jun 2020