orange green b

HEADER MAMPU6 BM

soalan lazim2 | hubungi kami2| aduan2| petalaman3

                       

                         

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, Bahagian Khidmat Pengurusan, MAMPU sedang menyelaras urusan pertimbangan kenaikan pangkat Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) ke Gred F44, F48, F52 dan F54 yang telah memangku mulai 1 April 2020 hingga 30 Jun 2020 dan sebelum. Sehubungan dengan itu, pihak urus setia memohon jasa baik pihak YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan untuk mengisi dokumen-dokumen di bawah bagi melengkapkan urusan kenaikan pangkat berkenaan:

i) Lampiran I (Senarai Semak), Lampiran A (Borang Maklumat Perkhidmatan Pegawai), Lampiran B (Borang Perakuan Ketua Jabatan), Lampiran C (Surat Akuan Pinjaman Pendidikan) dan Lampiran D (Borang Maklumat Tatatertib) seperti yang dilampirkan;
ii) Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Tahun 2018, 2019 dan 2020;
iii) Salinan Surat Pengisytiharan Harta;
iv) Salinan Keputusan Tapisan Keutuhan SPRM; dan
v) Salinan Kenyataan Buku Perkhidmatan yang mengandungi maklumat:
  a) Tarikh Pengesahan Lantikan;
  b) Tarikh Pengesahan dalam Perkhidmatan;
  c) Tarikh Kenaikan Pangkat Terakhir;
  d) Tarikh pegawai melapor diri untuk pemangkuan (termasuk catatan penangguhan jika ada);
  e) Cuti Tanpa Gaji dan Cuti Separuh Gaji;
  f) Rekod tidak hadir bertugas tanpa kebenaran/ lucut hak emolumen;
  g) Rekod Cuti Belajar yang diluluskan; dan
  h) Maklumat Tatatertib.

3.       Kerjasama pihak YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan  juga adalah dimohon untuk menyelaras urusan kenaikan pangkat ini dan mengemukakan dokumen lengkap kepada Bahagian Khidmat Pengurusan, MAMPU sebelum atau pada 16 Julai 2021 (Jumaat) ke alamat berikut:

Ketua Pengarah
Unit PemodenanTadbiran dan 
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Bahagian Khidmat Pengurusan
Aras 3, Setia Perdana 2, Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p.:  Urus Setia Naik Pangkat Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat)

No. Nama Pegawai No. Telefon E-mel
1. Encik Mohd Asrul bin Ismail 03-8872 3071 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2. Puan Nor Adalina binti Hamdan 03-8872 3133 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Atas perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

URUS SETIA NAIK PANGKAT SKIM PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT
Seksyen Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
MAMPU,Jabatan Perdana Menteri