orange green b

HEADER MAMPU6 BM

soalan lazim2 | hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Berikutan dengan keputusan Kabinet, Pelan Induk untuk Perisian Sumber Terbuka (OSS) Sektor Awam telah dilancarkan pada 16 Julai 2004 untuk menggalakkan dan memperluaskan lagi penggunaan OSS di Sektor Awam. Ini adalah supaya inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan efisyen, selamat dan berkualiti. Pelaksanaan Fasa I selama 2 tahun telah berakhir dengan jayanya. Dengan itu, Fasa II Accelerated Adoption dimulakan sejak Februari 2007 dengan matlamat untuk mempergiatkan lagi pelaksanaan OSS di seluruh Sektor Awam di Malaysia.


Objektif pelaksanaan inisiatif ini adalah untuk:

  • Mengurangkan kos keseluruhan pemilikan (Total Cost of Ownership-TCO)

  • Meningkatkan kebebasan memilih penggunaan perisian

  • Meningkatkan interoperability antara sistem

  • Meningkatkan pertumbuhan industri ICT

  • Meningkatkan pertumbuhan industri OSS

  • Meningkatkan pertumbuhan pengguna dan komuniti pembangun OSS

  • Meningkatkan pertumbuhan masyarakat berasaskan pengetahuan

  • Mengurangkan jurang digital

Dalam melaksanakan usaha ini, Open Source Competency Centre (OSCC), MAMPU telah ditubuhkan sebagai pusat rujukan utama dalam pelaksanaan OSS di Sektor Awam. Sasaran utama OSCC, MAMPU adalah untuk memudah cara, mengkoordinasi dan memantau implementasi OSS di Sektor Awam.

GARIS PANDUAN

PRODUK SUMBER TERBUKA

  • MySurfGuard

  • MySpamGuard

  • MyNetWatch

  • MyWorkSpace

  • MyMeeting

  • MyTaskManager

  • MyDesktopManager

  • MyDocManager

PERKHIDMATAN

  • Latihan dan Pensijilan

  • Sokongan Teknikal

  • Khidmat Rundingan

  • Advanced Virtualisation

  • Knowledge Bank

LAMAN WEB

http://www.oscc.org.my/

Maklumat Lanjut:

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. Pengarah Bahagian Pembangunan Aplikasi)

Nombor Telefon : 603-8872 5173

 

                                                                                                                                                                                             Dikemas kini pada 01.07.2019