Perkhidmatan MyTC (Sistem Tempahan Fasiliti Kerajaan)

Perkhidmatan MyTC (Sistem Tempahan Fasiliti Kerajaan)

Pusat Latihan Malaysia atau Malaysia Training Centre (MyTC) adalah salah satu usaha untuk merealisasikan agenda transformasi Negara.

Projek MyTC ini membolehkan penggunaan fasiliti sedia ada di Institut Latihan Awam (ILA) dan Agensi Kerajaan dikongsi secara menyeluruh dan penggunaannya dapat dioptimumkan oleh pelbagai pihak. Projek ini dilaksanakan untuk memenuhi kehendak rakyat yang menginginkan perkhidmatan yang pantas dan meluas. Justeru projek ini merupakan salah satu inisiatif bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada Rakyat.

Inisiatif ini diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Unit Perancang Ekonomi bersama rakan-rakan strategik iaitu Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Belia dan Sukan. Pelaksanaan Projek MyTC adalah contoh terbaik kolaborasi strategik agensi-agensi Perkhidmatan Awam pelbagai Kementerian dan jabatan untuk merealisasikan projek ini. Ianya bukanlah terbina hasil usaha sebuah agensi sahaja, malah ia merupakan hasil kerjasama pelbagai agensi Perkhidmatan Awam yang berganding bahu dalam semangat yang sama iaitu mengangkat kepentingan rakyat sebagai keutamaan pentadbiran Kerajaan.

Tujuan

Untuk merealisasi Projek MyTC ini, Portal MyTC dibangunkan. Portal MyTC merupakan gerbang (gateway) elektronik yang menyimpan maklumat fasiliti yang ditawarkan oleh ILA/ Agensi Kerajaan. Portal ini akan memudahkan penjawat awam, sektor swasta, badan berkanun, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam untuk mendapatkan maklumat dan membuat tempahan fasiliti yang ditawarkan.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyTC

Perkhidmatan disediakan meliputi perkara berikut:

  1. Menyediakan maklumat berkaitan fasiliti Institut Latihan Awam (ILA)/ Agensi Kerajaan, dan
  2. Menyediakan kemudahan tempahan fasiliti yang ditawarkan oleh Institut Latihan Awam (ILA)/ Agensi Kerajaan.

Permohonan Perkhidmatan MyTC

Tiada sebarang syarat dikenakan untuk mendaftar di Portal MyTC. Pengguna Portal MyTC boleh membuat carian dan tempahan fasiliti yang ditawarkan oleh Institut Latihan Awam (ILA) / Agensi Kerajaan. Sekiranya tuan/puan memerlukan fasiliti untuk menjalankan latihan, kursus, majlis keraian dan lain-lain aktiviti berkaitan, tuan/puan boleh menempah fasiliti yang ditawarkan oleh ILA/Agensi Kerajaan berkenaan.

Capaian Portal MyTC

>> http://www.mytc.gov.my/

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Ketua Pengarah

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan

Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri

Aras 6, Setia Perdana 2, Kompleks Setia Perdana

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PUTRAJAYA

(u.p:    Pengarah,

Bahagian Pembangunan Aplikasi)

Bantuan

Sebarang aduan masalah berkaitan Perkhidmatan MyTC boleh menghubungi meja bantuan seperti di bawah:

Pegawai untuk dihubungi :

Encik Mahmud Bin Abd Rahman
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Aplikasi, MAMPU.
Telefon: 03-8872 3059
E-mel : mahmud@mampu.gov.my

Puan Nor Asmizan Binti Mohamad
 
Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Aplikasi, MAMPU.
Telefon: 03-8872 6252
E-mel : asmizan@mampu.gov.my

Call Centre Servicedesk MyTC

E-mel: pmo1mtc@mampu.gov.my

Call Centre MyGCC (Malaysia Government Call Centre)

E-mel: 80008000[at]1mocc[dot]gov[dot]my

Telefon : 03-8000 8000

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     1205
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL

APLIKASI MOBIL

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 493
Jumlah pelawat: 106798
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU