PENGENALAN
Sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun ini, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan melaksanakan pembudayaan dan pemeriksaan inovasi dalam Sektor Awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) selaras dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh MAMPU iaitu Pekeliling Transformasi Tadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2016. Semua warga MAMPU adalah dipelawa untuk menyertai pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bagi tahun 2023. Sehubungan dengan itu, dilampirkan GARIS PANDUAN PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) MAMPU TAHUN 2023 sebagai rujukan kepada kumpulan yang ingin menyertai Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Bagi Tahun 2023.
OBJEKTIF
Objektif Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) MAMPU Tahun 2023 adalah untuk :
a) memupuk budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan Warga MAMPU ;
b) menyediakan platform bagi meningkatkan kebolehan dan keupayaan Warga MAMPU untuk berinovasi
c) mengiktiraf hasil projek KIK oleh Warga MAMPU.
SYARAT PENYERTAAN
a) Penyertaan adalah dibuka kepada semua KIK daripada MAMPU.
b) Projek ini boleh merentasi semua bahagian/ seksyen/ unit di MAMPU iaitu secara hibrid.
KRITERIA PROJEK DAN PEMBENTUKAN KUMPULAN
Kriteria projek dan pembentukan kumpulan serta komponen KIK boleh dirujuk pada GARIS PANDUAN PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) MAMPU TAHUN 2023
PENDAFTARAN PENYERTAAN DAN PENGHANTARAN DOKUMENTASI PROJEK
Kumpulan KIK MAMPU yang berminat boleh mendaftarkan penyertaan serta menghantar dokumentasi projek melalui pautan :
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc6HRJsf60N01KJtqviZd311A_oIIuf56BQhuJHLqb_b3NzHA/viewform sebelum atau pada sebelum atau pada 25 September 2023 (Isnin)
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 September 2023 (Isnin). Sebarang penyertaan yang diterima selepas daripada tarikh tersebut akan DITOLAK.
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut boleh terus menghubungi pihak urus setia pertandingan melalui alamat seperti berikut:
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)|
Unit Inovasi dan Kualiti,
Bahagian Khidmat Pengurusan
Aras 1- 6,Setia Perdana 2,Kompleks Setia Perdana
62502 Putrajaya
No.Telefon: 03-88725188/6331
No.Faksimile: 03-88883163
E-mel : unitinovasidankualiti@mampu.gov.my