Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025
PELAWAAN PROGRAM PENEMPATAN SILANG – JPA SKIM PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT SESI TAHUN 2021

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.
 
YBhg. Datuk Seri Dr./YBhg. Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN PROGRAM PENEMPATAN SILANG – JPA SKIM PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT SESI TAHUN 2021

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan Pegawai Teknologi Maklumat di Gred 44/48/52 Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berminat untuk memohon ke Program Penempatan Silang Sesi 2021 seperti butiran berikut:

Agensii. Malaysia Airport Holdings Berhad
ii. KPMG Malaysia
iii. Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd
iv. Air Asia Berhad
v. Paynet Network Malaysia Sdn Bhd
vi. Tesco Store (Malaysia) Sdn Bhd
vii. PETRONAS
viii. PricewaterhouseCoopers Malaysia
ix. Nestle Products Sdn Bhd
x. Razak School of Government(Butiran Jawatan seperti di Lampiran A)
TempohMaksimum Setahun
Bidang Keutamaan Cyber Security
 Syarat-syarat permohonan i. Pegawai Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred F44 / F48 / F52;
ii. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
iii. Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;
iv. Berumur tidak melebihi 47 tahun pada tarikh tutup permohonan;
v. Berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam skim perkhidmatan terkini;
vi. Berprestasi cemerlang dengan markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurangkurangnya 90% bagi tiga (3) tahun terkini berturut-turut (2018, 2019, 2020);
vii. Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh lima (5) tahun terkini;
viii. Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman atau biasiswa JPA;
ix. Tidak tersenarai untuk mendapat Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) atau Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) bagi tahun 2021;
x. Bebas daripada pertuduhan/ tindakan tatatertib dan dakwaan mahkamah; dan
xi. Pegawai yang pernah mengikuti Program PCF anjuran JPA tidak layak untuk memohon.
 Tarikh Permohonan 7 Mei 2021 hingga 31 Mei 2021
 Cara Memohon ⦁ Mengisi Borang Permohonan dan mendapatkan perakuan Ketua Jabatan serta Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian/ Jabatan/ Agensi masing-masing seperti di Lampiran B; dan
⦁ Menyediakan Curriculum Vitae dalam Bahasa Inggeris

Pegawai yang berminat perlu memanjangkan dokumen-dokumen yang diperlukan selewat-lewatnya 31 Mei 2021 (Isnin) kepada Urus Setia program di alamat seperti berikut:
           
             Bahagian Khidmat Pengurusan
              Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
             Jabatan Perdana Menteri
             Aras 6, Setia Perdana 2
             Kompleks Setia Perdana
             62502 PUTRAJAYA
             (u.p: Puan Noor Hafizah binti Azizi)

2. Calon yang berjaya di dalam saringan/tapisan akan dihubungi untuk urusan temu duga.

3. Sebarang pertanyaan berkaitan urusan di ini, YBhg. Datuk Seri Dr./YBhg. Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi:

No.Nama PegawaiNo. TelefonE-mel
1.Noormahera binti Mohd Puzi03-8872 3162noormahera@mampu.gov.my
2.Noor Hafizah binti Azizi03-8872 3067noorhafizah@mampu.gov.my

4. Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk Seri Dr./YBhg. Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 
 
Sekian dan salam hormat.
 
 
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
Saya yang menjalankan amanah,
 
 
NOOR HAFIZAH BINTI AZIZI
Seksyen Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
MAMPU, JPM
Emel   :   noorhafizah@mampu.gov.my

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     581
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 206
Jumlah pelawat: 1125240
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

SPOT-ME Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi