Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025
PEMAKLUMAN PELAWAAN MENGIKUTI MANAGEMENT TRAINING PROGRAMME FOR JUNIOR OFFICERS (GRED 41-44) ATAU LEADERSHIP DEVELOPMENT PROGRAMME FOR MIDDLE MANAGEMENT  LEVEL (GRED 48-56) 2023 ANJURAN JAPAN INTERNATIONAL COOPERATION AGENCY (JICA)

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka pelawaan kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional  yang berminat dan berkelayakan untuk memohon Management Training Programme for Junior Officers (Gred 41-44) atau Leadership Development Programme For Middle Management Level (Gred 48-56). Kedua-dua program tersebut akan dikendalikan oleh Japan International Cooperation Agency (JICA) di Jepun bermula daripada 30 Mei 2023 hingga 17 Jun 2023.   

Maklumat lanjut berkenaan program ini boleh dirujuk dengan melayari Laman Rasmi Pembangunan Modal Insan, JPA di pautan http://esilav2.jpa.gov.my. Sehubungan dengan itu, Pegawai Teknologi Maklumat di kementerian/ jabatan yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian di melalui pautan di atas.

Permohonan untuk mengikuti program tersebut adalah tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan masing-masing serta memenuhi kesemua syarat-syarat permohonan yang ditetapkan oleh pihak JPA. Kerjasama pegawai adalah dimohon untuk memberi perhatian sewajarnya kepada syarat/ tatacara permohonan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang isu berbangkit yang boleh menjejaskan permohonan berkenaan. 

Tarikh tutup permohonan/ pencalonan bagi Management Training Programme for Junior Officers (Gred 41-44) atau Leadership Development Programme For Middle Management Level (Gred 48-56) ditetapkan bagi Pegawai Teknologi Maklumat di kementerian/ jabatan yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

Bil.PerkaraTarikh Tutup
Permohonan
1.Permohonan secara dalam talian melalui http://esilav2.jpa.gov.my
 
2 Februari 2023 sehingga     17 Februari 2023
2.Tarikh tutup permohonan/ pencalonan di MAMPU.
 
15 Februari 2023 (sebelum jam 5.00 petang)

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun, dicetak dan ditandatangani oleh pemohon. Borang berkenaan juga perlu ditandatangani serta dicop rasmi oleh Ketua Jabatan di ruang perakuan dengan disertakan dokumen-dokumen sokongan sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak JPA di dalam tatacara permohonan.

Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses dan permohonan berkenaan perlu dikemukakan kepada:

Bahagian Khidmat Pengurusan
Seksyen Sumber Manusia
Unit Pemodenan Tadbiran dan 
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Aras 6, Setia Perdana 2
Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan|
62502 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Latihan dan Pembangunan Kompetensi)

Kerjasama pegawai yang telah menghantar borang permohonan program JICA ini secara fizikal kepada alamat seperti di atas adalah dimohon memaklumkan perkara tersebut pihak urus setia Seksyen Sumber Manusia, MAMPU melalui e-mel: unitlatihan@mampu.gov.my.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan di MAMPU, urus setia yang boleh dihubungi adalah Encik Syamrizal J Nulawadin/ Puan Kamrun Bibi Mohamed Musa (03-8872 3028/ 03-8872 6313) atau mengenai tawaran program JICA kepada penyelaras Unit Pengurusan Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA di talian  03–8885 3053/ 3569 atau emel:penawaranldp@jpa.gov.my.

Seksyen Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
MAMPU, JPM

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     351
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 357
Jumlah pelawat: 1144242
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

SPOT-ME Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi