PEMAKLUMAN PELAWAAN PROGRAM “PEMBANGUNAN EKSEKUTIF TAHUN 2023 DI NATIONAL HUMAN RESOURCES DEVELOPMENT INSTITUTE (NHI) KOREA SELATAN”
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa penyertaan daripada kalangan pegawai Kumpulan Gred 29 hingga Gred 56 yang berminat dan memenuhi syarat untuk menyertai Program Pembangunan Eksekutif (EDP) Tahun 2023 anjuranNational Human Resources Development Institute (NHI), Korea Selatan seperti berikut:
a) Pegawai Kumpulan Pelaksana Gred 29 – 40 (Program EDP Pelaksana)
b) Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 – 44 (Program EDP Junior)
c) Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 48 – 56 (Program EDP Senior)
3. Sehubungan dengan itu, pegawai Kader MAMPU di kementerian/jabatan yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian di http://esilav2.jpa.gov.my. Kerjasama pegawai adalah dimohon untuk memberi perhatian sewajarnya kepada syarat/tatacara permohonan/pencalonan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang isu berbangkit yang boleh menjejaskan permohonan berkenaan. Tarikh tutup permohonan/pencalonan bagi Program Pembangunan Eksekutif (EDP) Tahun 2023, NHI ditetapkan bagi pegawai Kader MAMPU di kementerian/jabatan yang perlu dipatuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:
Bil. | Perkara | Tarikh |
1. | Permohonan secara dalam talian melalui http://esilav2.jpa.gov.my | 20 Januari hingga 10 Februari 2023 |
2. | Tarikh tutup permohonan/ pencalonan di MAMPU | 09 Februari 2023 (Sebelum jam 12.00 tengah hari) |
4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun, dicetak dan ditandatangani oleh pemohon. Borang ini juga perlu ditandatangani serta dicop rasmi oleh Ketua Jabatan masing-masing di ruang perakuan dengan disertakan dokumen-dokumen sokongan sepertimana yang yang telah ditetapkan oleh pihak JPA. Maklumat terperinci berhubung kaedah permohonan / pencalonan program EDP ini boleh disemak melalui pautan yang disediakan di atas.Pemohon dikehendaki memastikan data dan dokumen yang dikemukakan adalah tepat dan lengkap tanpa ada sebarang keciciran. Adalah diingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan sekiranya maklumat yang dikemukakan adalah palsu dan tindakan boleh diambil mengikut peraturan/undang-undang sedia ada.
5. Dokumen-dokumen berkaitan permohonan hendaklah disusun mengikut turutan dan panduan tatacara penyusunan dokumen permohonan telah ditetapkan dan HENDAKLAH disediakan dalam DUA (2) SET SALINAN YANG LENGKAP (1 salinan asal dan 1 salinan fotostat dan diakui sah oleh pegawai berkelayakan bagi dokumen sokongan). Setiap set salinan tersebut TIDAK DIKETIP/ DIJILID tetapi hanya DIKLIP sahaja.
6. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 9 Februari 2023 (Khamis) sebelum jam 12.00 tengah hari kepada:
Bahagian Khidmat Pengurusan
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Aras 6, Setia Perdana 2
Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
(u.p: Unit Latihan dan Pembangunan Kompetensi)
7. Kerjasama pegawai yang telah menghantar borang permohonan program EDP fizikal kepada alamat seperti di atas adalah dimohon memaklumkan perkara tersebut pihak urus setia Seksyen Sumber Manusia, MAMPU melalui e-mel unitlatihan@mampu.gov.my.
8. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan perkara ini, urus setia yang boleh dihubungi berkaitan permohonan di MAMPU adalah Encik Syamrizal J Nulawadin/ Puan Kamrun Bibi Mohamed Musa (03-8872 3028/ 03-8872 6313) atau mengenai program EDP ini di Unit Pengurusan Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA di talian 03 – 8885 3053/3569 atau melalui emel di alamat penawaranldp@jpa.gov.my
Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Ts. /Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan terima kasih.