Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/ Dato’/Datin/ Dr./ Ts./Tuan/Puan,
PEMAKLUMAN PELAWAAN PROGRAM PENAJAAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) UNTUK PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA DAN KEDOKTORAN (Ph.D) SECARA SEPENUH MASA SESI 2023 BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN BUKAN GUNA SAMA, PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (PTM)
Dengan segala hormatnya saya diarah untuk merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berminat untuk memohon penajaan bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) Secara Sepenuh Masa di bawah Program Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Sesi 2023. Penajaan HLP ini terbuka kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan (kecuali badan berkanun yang telah diasingkan sistem saraannya sama ada dibebaskan atau tidak dibebaskan) daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di Lampiran A. Maklumat lanjut dan lampiran dokumen berhubung iklan Program Penajaan HLP Sesi 2023 ini boleh diperolehi dengan melayari laman rasmi Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam di https://esilav2.jpa.gov.my/.
3. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/Datin/ Dr./ Ts./Tuan/Puan, terdapat penambahbaikan dalam proses permohonan dan pencalonan bagi program HLP Sesi 2023 yang mana keseluruhan prosesnya melibatkan secara dalam talian sepenuhnya (end to end). Sehubungan dengan itu, kerjasama Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) yang berminat adalah dimohon untuk memberikan perhatian sewajarnya kepada tatacara permohonan/pencalonan seperti di Lampiran B bagi mengelak sebarang masalah berbangkit kelak yang menyebabkan kelewatan dalam mengemukakan permohonan/ pencalonan. Tarikh permohonan/pencalonan bagi Program Penajaan HLP Sesi 2023 ditetapkan bagi PTM di kementerian/jabatan yang perlu dipatuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:-
Bil. | Perkara | Tarikh |
1. | Permohonan secara dalam talian melalui https://epermohonanhlp.jpa.gov.my | 13 April 2022 hingga 20 Mei 2022 |
2. | Tarikh tutup permohonan/ pencalonan di MAMPU | 8 Mei 2022 |
4. Seterusnya bagi urusan permohonan HLP ini, PTM di kementerian/ jabatan yang berminat dimohon untuk memberi perhatian semasa mengisi maklumat secara dalam talian di ruangan Ketua Jabatan dan Pegawai PPSM seperti maklumat di bawah:
i) Ketua Jabatan adalah Pengarah atau Setiausaha Bahagian dsb yang mengetuai bahagian di mana pegawai ditempatkan atau bahagian pengurusan sumber manusia di Kementerian/ Jabatan/ Agensi masing-masing;
ii) Pegawai PPSM adalah YBhg. Datuk Seri Dr. Yusof bin Ismail, Ketua Pengarah MAMPU;
Sebarang pertanyaan berkaitan berhubung perkara ini, pegawai Urus Setia Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Khidmat Pengurusan, MAMPU boleh dihubungi seperti berikut, Encik Syamrizal bin J Nulawadin di talian 03-8872 3028/ Encik Syed Mohamad Syazwan bin Syed Kamal di talian 03-8872 3098/ Puan Kamrun Bibi binti Mohamed Musa di talian 03-8872 6313 atau e-mel ke unitlatihan@mampu.gov.my.
5. Sebagai makluman pemohon juga, bidang-bidang ICT seperti di Lampiran I merupakan bidang keutamaan bagi permohonan program penajaan HLP Sesi 2023.
6. Sekiranya YBhg. Datuk/ Dato’/Datin/ Dr./ Ts./Tuan/Puan memerlukan penjelasan lanjut berhubung syarat/pelaksanaan HLP Sesi 2023 atau isu berkaitan teknikal/eSILA, pihak penyelaras di Jabatan Perkhidmatan Awam yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:-
(i) Urusan berkaitan permohonan/syarat
Penyelaras : Unit Pengurusan Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan, BMI JPA
No. Tel : 03-8885 3053 / 3571
E-mel : penawaranldp@jpa.gov.my
(ii) Urusan berkaitan isu teknikal/sistem eSILA
Penyelaras : Unit Perunding Perancangan & Prestasi (PR)
No. Tel : 03-8885 3445 / 3610 / 5193
Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/Datin/ Dr./ Ts./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.