YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Ts. /Tuan/ Puan
PEMAKLUMAN PELAWAAN PROGRAM PENAJAAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARA BIASISWA (HLPSB) TAHUN 2022 BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN GUNA SAMA, PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (KADER MAMPU)
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berminat dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk memohon penajaan bagi Program Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) Tahun 2022. Program Penajaan HLPSB Tahun 2022 seperti di Lampiran A ini terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan sahaja yang sedang mengikuti pengajian secara separuh masa di peringkat Sarjana atau Kedoktoran (Ph.D).
3. Maklumat lanjut dan lampiran dokumen berhubung iklan program penajaan HLPSB Tahun 2022 ini boleh diperolehi dengan melayari laman rasmi Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam di http://esilav2.jpa.gov.my.
4. Sehubungan dengan itu, PTM di kementerian/jabatan yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian seperti di atas. Kerjasama pegawai adalah dimohon untuk memberi perhatian sewajarnya kepada syarat/tatacara permohonan/pencalonan seperti di Lampiran B bagi mengelakkan sebarang isu berbangkit kelak yang boleh menjejaskan permohonan berkenaan. Tarikh permohonan/pencalonan bagi program penajaan HLPSB Tahun 2022 ditetapkan bagi PTM di kementerian/jabatan yang perlu dipatuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:
Bil. | Perkara | Tarikh |
1. | Permohonan secara dalam talian melaluihttp://esilav2.jpa.gov.my | 28 September 2022 hingga 28 Oktober 2022 |
2. | Tarik tutup permohonan/pencalonan di MAMPU | 26 Oktober 2022 |
5. Sila pastikan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun, dicetak dan ditandatangani oleh pemohon. Borang ini juga perlu ditandatangani serta dicop rasmi oleh Ketua Jabatan di ruang perakuan dengan disertakan dokumen-dokumen sokongan sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak JPA sebelum dihantar ke MAMPU bagi urusan selanjutnya oleh Ketua Perkhidmatan. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2022 (Rabu) kepada:
Bahagian Khidmat Pengurusan
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Aras 6, Setia Perdana 2
Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
(u.p: Unit Latihan dan Pembangunan Kompetensi)
6. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pegawai Urus Setia Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Khidmat Pengurusan, MAMPU boleh dihubungi, seperti berikut Encik Syamrizal bin J Nulawadin di talian 03-8872 3028/ Puan Kamrun Bibi binti Mohamed Musa di talian 03-8872 6313 atau e-mel ke unitlatihan@mampu.gov.my.
7. Sekiranya YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Ts. /Tuan/ Puan memerlukan penjelasan lanjut berhubung syarat/ pelaksanaan HLPSB Tahun 2022, boleh menghubungi pihak penyelaras di Unit Pengurusan Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan, Bahagian Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam di talian 03-8885 3053 / 3569 atau melalui e-mel penawaranldp@jpa.gov.my.
Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Ts. /Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
Unit Latihan dan Pembangunan Kompetensi
Seksyen Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
MAMPU, JPM
Tel : 03 – 88726313
Emel :unitlatihan@mampu.gov.my