GRCCS – BCI INTERNATIONAL CONFERENCE & EXHIBITION 2017: BUILDING ORGANISATIONAL RESILENCE IN A CHALLENGING WORLD

GRCCS – BCI INTERNATIONAL CONFERENCE & EXHIBITION 2017: BUILDING ORGANISATIONAL RESILENCE IN A CHALLENGING WORLD

Tarikh                             : 22-23 Mei 2017

Masa                               : 8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat                          : Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel and Residences

Kerjasama Industri    : GRC Consulting Services Sdn. Bhd. (GRCCS) adalah sebuah firma perundingan profesional yang

                                           ditubuhkan dalam bidang Penasihat Tadbir Urus, Risiko dan Pematuhan (GRC)

Kerjasama Agensi      : Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Peserta                           : Peserta terdiri daripada Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Lembaga

                                            Pengurusan Risiko, Ketua Pegawai Risiko, Ketua Pegawai Maklumat, Kakitangan Kerajaan dan

                                            Pengawalselia, Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Juruaudit Dalam, Pengamal Pengurusan Kesinambungan

                                            Perkhidmatan, Ketua Pegawai Pematuhan, Pegawai Komunikasi Korporat, Keselamatan dan Kesihatan

                                            serta Pegawai Keselamatan  dan Profesional yang menjadikan kesinambungan perkhidmatan sebagai

                                             kerjaya profesional.

Pautan                             : http://www.grccs.com.my/index.html

LATAR BELAKANG

Persidangan dan Pameran Antarabangsa GRCCS-BCI bagi tahun ke-2 merupakan acara utama yang direka dan didedikasikan untuk Pelaksana Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan, Pengurus Risiko dan Pemimpin Korporat dari seluruh dunia. Persidangan ini merupakan persidangan antarabangsa dan dewan pameran yang mempromosikan produk dan perkhidmatan Kesinambungan Perkhidmatan (BC), majlis makan malam gala serta upacara pengijazahan CBCI. Pelaksana antarabangsa dan pelaksana Pengurusan Perkhidmatan berkongsi makluman dan pengalaman terkini mereka dalam Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCM).

Persidangan dan Pameran Antarabangsa GRCCS-BCI 2017 telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan melibatkan Persembahan Ucaptama, Amanat Khas dan 17 Perbincangan Panel. Pembentang dan penceramah untuk setiap slot terdiri daripada penceramah/ moderator daripada sektor awam, swasta, akademik dan antarabangsa. Persidangan dan Pameran Antarabangsa GRCCS-BCI 2017 juga menyediakan ruang pameran dan karnival digital yang melibatkan peserta pameran dari agensi Kerajaan, syarikat tempatan dan antarabangsa.

OBJEKTIF

Objektif Persidangan dan Pameran Antarabangsa GRCCS-BCI 2017 menjadi platform bagi perkongsian pengetahuan dan rangkaian pengetahuan yang sangat baik terutamanya untuk ahli korporat dan profesional Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan.

IMPAK

Impak program ini ialah:

1. Memperluaskan penyelarasan kolaborasi dengan agensi awam, swasta, akademik dan industri daripada ahli korporat dan profesional
    Kesinambungan Perkhidmatan; dan

2. Meningkatkan pengetahuan dan berkongsi pandangan terkini mereka mengenai dalam Kesinambungan Perniagaan (BCM).

 

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     116
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 1881
Jumlah pelawat: 791887
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar