Data Terbuka Kerajaan
Produk Dan Pekhidmatan

Pengenalan

Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif Kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) dapat meningkatkan integriti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan Kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat, relevan dan dari sumber yang sah. Perkongsian data secara terbuka berupaya memacu ekonomi digital negara dengan memangkin pertumbuhan industri dan inovasi baharu melalui penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan negara lain dalam inisiatif Kerajaan Digital.

 

Untuk merealisasikan insiatif ini, MAMPU telah membangunkan Portal Data Terbuka Sektor Awam yang berfungsi sebagai platform perkongsian data dan pemangkin ekosistem Data Terbuka Sektor Awam. Pada 7 September 2020 MAMPU telah melancarkan Platform Data Terbuka Sektor Awam 2.0 yang boleh dicapai menerusi pautan http://www.data.gov.my. Platform ini terdiri daripada tiga (3) aplikasi utama iaitul Portal Data Terbuka, Open Data Exchange (ODEX) dan Open Data Executive Information System (ODEXIS). Platform ini telah dinaik taraf dan ditambah baik dengan antaramuka yang lebih ringkas dan kemas, berdasarkan teknologi terkini serta pengukuhan pengurusan penerbitan set data terbuka melalui pelaksanaan fungsi perkongsian data secara Application Programming Interface (API) yang dikenali sebagai ODEX dan memperkenalkan fungsi pemantauan penerbitan set data terbuka melalui aplikasi ODEXIS.

 

Objektif 

  1. Membolehkan data terbuka dikongsi secara lebih meluas dan meningkatkan ketelusan perkhidmatan kerajaan;
  2. Memberi peluang kepada rakyat dan komuniti bisnes meningkatkan kreativiti dan inovasi di dalam penciptaan produk baharu;
  3. Menyediakan platform kepada rakyat bagi mendapatkan maklumat dari sumber rasmi Kerajaan dan sebagai saluran mendapatkan maklum balas daripada rakyat;
  4. Menjimatkan masa capaian Data Terbuka oleh rakyat; dan
  5. Menjimatkan kos pembangunan aplikasi agensi Kerajaan.


Manfaat / Faedah

  1. Meningkatkan penciptaan produk data dan inovasi berasaskan Data Terbuka yang berkualiti.
  2. Meningkatkan ketelusan dan integriti Kerajaan.
  3. Menjana ekonomi negara berpacukan data dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan.

 

Capaian

https://www.data.gov.my


Maklumat Perhubungan

Pasukan Data Terbuka
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri,
Blok B, No. 3200, Bangunan MKN – Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2, 63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.
No. Telefon: 03-8800 8000
E-mel: dataterbuka@mampu.gov.my

 

 

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     975
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 1856
Jumlah pelawat: 791862
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar