Sistem Penilaian Kepuasan Pelanggan (eRating) merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh MAMPU kepada agensi kerajaan bertujuan untuk menerima maklum balas atau penilaian daripada pelanggan yang menerima perkhidmatan di kaunter secara elektronik dan berpusat.
Objektif Sistem eRating:
i. Sebagai saluran maklum balas pelanggan (secara elektronik) ke atas perkhidmatan yang diberikan di kaunter agensi kerajaan;
ii. Pembudayaan maklum balas segera oleh pelanggan secara pantas dan mudah;
iii. Pemantauan secara berterusan dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Terdapat dua (2) medium bagi pelaksanaan eRating untuk mendapatkan penilaian daripada pelanggan iaitu menggunakan kod QR atau tablet. Penggunaan tablet akan melibatkan kos bagi penyediaan tablet untuk diletakkan di kaunter bagi penilaian pelanggan, manakala penggunaan kod QR hanya memerlukan agensi meletakkan cetakan kod QR tersebut di kaunter atau lokasi bersesuaian untuk diimbas dengan telefon pintar oleh pelanggan bagi membuat penilaian perkhidmatan.
Walau bagaimanapun, pemilihan medium pelaksanaan yang sesuai oleh agensi berkaitan perlu turut mengambil kira kategori pelanggan yang sering berurusan dan mendapatkan perkhidmatan di kaunter.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal eRating
https://erating.mampu.gov.my/portal
Pegawai untuk dihubungi:
Encik Zamzuri Abdullah
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Pembangunan Aplikasi, MAMPU
Telefon : 03-88723111
E-mel : zamzuri@mampu.gov.my
Pn. Elisah Satim
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Aplikasi, MAMPU
Telefon : 03-88727403
E-mel : elisah@mampu.gov.my
E-mel Pasukan eRating MAMPU: eratingmampu@mampu.gov.my