PANDUAN PEMBUDAYAAN DAN PEMERKASAAN INOVASI DALAM SEKTOR AWAM MELALUI HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)
1. Panduan ini digubal untuk menambah baik tatacara pengurusan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bagi menyemarak budaya inovasi dalam sektor awam.
2. Objektif panduan adalah untuk menggalakkan agensi sektor awam menjadi kreatif dan inovatif dalam penyampaian perkhidmatan melalui:
a) peningkatan pengetahuan dan kefahaman mengenai kaedah penubuhan, pelaksanaan dan pengurusan KIK;
b) penggunaan radas pengurusan (management tools) bagi menyelesaikan masalah;
c) penghasilan idea-idea yang kreatif dan inovatif yang berpotensi untuk direplikasi dan dikomersialkan; dan
d) pengukuhan semangat kerja berpasukan.
3. KIK Horizon Baharu berfokuskan kepada outcome, impak dan potensi pengembangan projek bagi tujuan replikasi, pengkomersialan dan penyertaan dalam pertandingan. Tiga (3) fasa diperkenalkan dalam panduan ini iaitu:
a) Fasa Pertama: Penghasilan Projek
b) Fasa Kedua: Pengiktirafan
c) Fasa Ketiga: Pengembangan Projek
4. Pelaksanaan KIK Horizon Baharu yang berkesan berupaya menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan dan seterusnya memberi manfaat serta nilai tambah kepada individu, agensi mahupun rakyat.
Senarai Nama Pegawai Untuk Dihubungi
Dr. Rafidah binti Mohamed Hashim
Timbalan Pengarah
E-mel : rafidahmh@mampu.gov.my
Telefon : 03-8872 3165
Encik Elangovan a/l Narayanan
Ketua Penolong Pengarah
E-mel : elan@mampu.gov.my
Telefon : 03-8872 3194
Cik Siti Nurzaliana binti Mohd Safari
Penolong Pengarah Kanan
E-mel : nurzaliana@mampu.gov.my
Telefon : 03-8872 3012