Perkhidmatan Komunikasi Dan Kolaboratif Bersepadu Kerajaan (MyGovUC 2.0) adalah merupakan perkhidmatan yang menggabungkan saluran komunikasi seperti e-mel, persidangan video, dan perbualan secara berkumpulan yang diuruskan secara berpusat oleh MAMPU. Selain itu, perkhidmatan ini turut menyediakan kemudahan perkongsian maklumat di Portal MyGovUC 2.0 dan pembelajaran atas talian di Learning Management System (LMS).
Sebagai langkah penjimatan kos, MyGovUC 2.0 dilaksanakan melalui komunikasi yang diintegrasikan secara kolaboratif di mana semua sektor awam di Malaysia boleh berhubung dan melaksanakan tugas melalui sistem komunikasi yang ditawarkan oleh MyGovUC 2.0.
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyGovUC
- E-mel
– Merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain dalam bentuk mesej elektronik. - Persidangan Atas Talian
– Membolehkan pengguna berkomunikasi secara langsung melalui panggilan video atas talian - Chat
– Membolehkan pengguna berbual antara satu sama lain dan mempunyai fungsi tambahan thread . Fungsi thread membantu pengguna membincangkan topik berasingan dalam ruang yang sama - Drive
– Membolehkan pengguna membuat kawalan terhadap e-mel dan dokumen lampiran bagi memastikan kerahsiaan dan keselamatan dokumen Kerajaan dapat diuruskan secara sistematik dan berkesan. - Calendar
– Perkhidmatan kalendar pengurusan masa dan penjadualan mesyuarat - Sistem Pengurusan Profil Pengguna
– Membolehkan pengguna di agensi mengurus maklumat profil pengguna Sistem Pengurusan Pembelajaran dan Latihan
– Membolehkan pentadbir latihan mengurus latihan berkaitan MyGovUC 2.0 dan pengguna mengikuti latihan secara atas talian.- Sistem Pelaporan
– Membolehkan pentadbir unified communication (UC) memantau penggunaan dan menguruskan pelaksanaan perkhidmatan MyGovUC 2.0 melalui penjanaan laporan dan statistik yang berkaitan
Manfaat Perkhidmatan MyGovUC 2.0
- Perkhidmatan MyGovUC 2.0 adalah sebahagian daripada perkhidmatan sistem cloud kerajaan yang diletakkan di dalam Pusat Data Sektor Awam yang menggunakan perkhidmatan rangkaian MyGov*Net.
- MyGovUC mempunyai ciri-ciri keselamatan yang menggunakan anti-spam dan antivirus untuk menapis kandungan e-mel dan menangkis virus serta kod perosak.
- Penjimatan kos pengurusan ICT.
- Penerapan inisiatif teknologi hijau.
- Peningkatan kecekapan urusan komunikasi.
Capaian Portal MyGovUC
http://www.mygovuc.gov.my
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia,
Bangunan MKN Embassy Techzone
Blok B, No. 3200, Jalan Teknorat 2
63000 Cyberjaya, Sepang
Selangor Darul Ehsan
(U.P: Pengarah,
Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama dan
Keselamatan ICT)
Maklumat Perhubungan:
Pasukan MyGovUC 2.0
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU),
Blok B, No, 3200,
Bangunan MKN – Embassy Techzone, Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan
03-83200660
E-mel : sdmygovuc@mampu.gov.my
Isnin – Ahad : 24 jam x 7 hari seminggu
Portal MyGovUC:
https://www.mygovuc.gov.my