Sistem Tempahan Fasiliti Kerajaan (MyTC) adalah salah satu usaha untuk merealisasikan agenda transformasi Negara.
MyTC membolehkan penggunaan fasiliti sedia ada di Institut Latihan Awam (ILA) dan Agensi Kerajaan dikongsi secara menyeluruh dan penggunaannya dapat dioptimumkan oleh pelbagai pihak. Projek ini dilaksanakan untuk memenuhi kehendak rakyat yang menginginkan perkhidmatan yang pantas dan meluas. Justeru projek ini merupakan salah satu inisiatif bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada Rakyat.
Inisiatif ini diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Unit Perancang Ekonomi bersama rakan-rakan strategik iaitu Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Belia dan Sukan. Pelaksanaan Projek MyTC adalah contoh terbaik kolaborasi strategik agensi-agensi Perkhidmatan Awam pelbagai Kementerian dan jabatan untuk merealisasikan projek ini. Ianya bukanlah terbina hasil usaha sebuah agensi sahaja, malah ia merupakan hasil kerjasama pelbagai agensi Perkhidmatan Awam yang berganding bahu dalam semangat yang sama iaitu mengangkat kepentingan rakyat sebagai keutamaan pentadbiran Kerajaan.
Tujuan
Untuk merealisasi Projek MyTC ini, Portal MyTC dibangunkan. Portal MyTC merupakan gerbang (gateway) elektronik yang menyimpan maklumat fasiliti yang ditawarkan oleh ILA/ Agensi Kerajaan. Portal ini akan memudahkan penjawat awam, sektor swasta, badan berkanun, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam untuk mendapatkan maklumat dan membuat tempahan fasiliti yang ditawarkan.
Objektif
- Mengoptimumkan perkogsian sumber dan kemudahan yang ada di pusat-pusat latihan awam
- Membantu Kerajaan dalam membuat keputusan strategic berkaitan pusat latihan awam
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyTC
- Menyediakan maklumat berkaitan fasiliti Institut Latihan Awam (ILA)/ Agensi Kerajaan; dan
- Menyediakan kemudahan tempahan fasiliti yang ditawarkan oleh Institut Latihan Awam (ILA).
Permohonan Perkhidmatan MyTC
Tiada sebarang syarat dikenakan untuk mendaftar di Portal MyTC. Pengguna Portal MyTC boleh membuat carian dan tempahan fasiliti yang ditawarkan oleh Institut Latihan Awam (ILA)/ Agensi Kerajaan. Sekiranya tuan/puan memerlukan fasiliti untuk menjalankan latihan, kursus, majlis keraian dan lain-lain aktiviti berkaitan, tuan/puan boleh menempah fasiliti yang ditawarkan oleh ILA/ Agensi Kerajaan berkenaan.
Capaian Portal MyTC
>> http://www.mytc.gov.my/
Pegawai untuk dihubungi :
Puan Normaizura binti Rosani
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Aplikasi, MAMPU.
Telefon: 03-8872 6314
E-mel : normaizura.rosani@mampu.gov.my
Encik Rahimi bin Khamis
Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Pembangunan Aplikasi, MAMPU.
Telefon: 03-8872 7408
E-mel : rahimi@mampu.gov.my
Bantuan
Sebarang aduan masalah berkaitan Perkhidmatan MyTC boleh menghubungi meja bantuan seperti di bawah :
Call Centre Servicedesk MyTC
E-mel: pmo1mtc@mampu.gov.my
Call Centre MyGCC (Malaysia Government Call Centre)
E-mel: 80008000@mygcc.gov.my
Telefon: 03-8000 8000