Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025
Sistem Pemantauan Operasi Tugas (SPOT-Me)
Produk Dan Pekhidmatan

Sistem Pemantauan Operasi Tugas (SPOT-Me) merupakan sistem perakam waktu masuk dan keluar pejabat atau mana-mana lokasi kerja bagi pegawai di sektor awam. Sistem ini membolehkan rakaman waktu masuk dan keluar dilaksanakan berdasarkan fungsi geolokasi peranti mudah alih secara atas talian menerusi pelayar web atau aplikasi mudah alih. Sistem ini juga berperanan sebagai sistem pemantauan kehadiran dan tugasan secara elektronik.

SPOT-Me telah dibangunkan bagi memenuhi keperluan pemantauan bekerja dari rumah (BDR) semasa pandemik Covid-19. Pembangunan sistem ini adalah selari dengan peraturan semasa dan mematuhi pekeliling-pekeliling berkaitan kehadiran dan waktu bekerja, seperti yang berikut:

  • Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2004 – Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2017 – Pelaksanaan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2019 – Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) di Agensi Kerajaan Persekutuan
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 – Dasar Bekerja Dari Rumah

Sistem SPOT-Me telah digunakan secara rasmi oleh warga MAMPU bermula Ogos 2020 dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada agensi kerajaan yang lain.  Bermula awal tahun 2021, SPOT-Me mula diperluaskan ke agensi-agensi sektor awam dengan model pelaksanaan secara Software as a Service (SaaS) dengan pengoperasian sistem secara berpusat di MAMPU.  Agensi yang berminat untuk menggunakan SPOT-Me tidak perlu membuat sebarang instalasi ataupun penyelenggaraan teknikal di agensi, sebaliknya hanya mengakses sistem dari URL www.spotme.gov.my.

Tujuan Dan Faedah Penggunaan Sistem SPOT-Me

Sistem SPOT-Me memberi kemudahan kepada pegawai untuk merekod kehadiran bertugas di pejabat dan di luar pejabat serta memudahkan penyelia memantau keberadaan pegawai hanya melalui fungsi pengesanan geo-lokasi.  Selain itu, SPOT-Me berupaya membantu pihak pengurusan membuat pemantauan kehadiran dan memantau status prestasi kehadiran pegawai dengan lebih efisien serta efektif melalui fungsi dashboard, statistik serta laporan kehadiran pegawai yang terdapat di dalam sistem.

Fungsi Sistem SPOT-Me

  • Merekod kehadiran bertugas
  • Merekod lokasi pegawai
  • Merekod catatan tugasan pegawai
  • Memantau rekod kehadiran dan tugasan pegawai bawah seliaan
  • Integrasi data kehadiran dari sistem/peranti biometrik (sehala)
  • Dashboard Statistik dan Laporan Kehadiran

PAPARAN HALAMAN SPOTME

Paparan halaman utama Sistem SPOT-Me

Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Spotme https://spotme.gov.my/

Sebarang pertanyaan berhubung Sistem SPOT-Me boleh dikemukakan kepada:

Pasukan SPOT-Me Emel: spotme@mampu.gov.my

Muat turun Aplikasi ini di Portal GAMMA : SPOT-Me

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     4076
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 745
Jumlah pelawat tahun semasa: 604231
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

SPOT-ME Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi