Tarikh : 26-29 September 2017
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : INTAN Bukit Kiara
Kerjasama : Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU); dan
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Peserta : Antara Kementerian/ Jabatan yang mengambil bahagian adalah pegawai-pegawai pemudahcara dari Unit Pemodenan
Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), pegawai-pegawai dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN),
Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Peguam Negara, Jabatan
Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dan Pusat Perubatan Universiti Malaya
Pautan : http://www.intanbk.intan.my
LATAR BELAKANG
INTAN sebagai sebuah institusi pembelajaran perdana Sektor Awam, INTAN sentiasa mendepani keperluan pembangunan modal insan secara holistik dengan meluaskan jaringan kolaborasi strategik dengan pelbagai entiti dalam dan luar negara yang terdiri daripada agensi Kerajaan dan swasta. Kolaborasi strategik INTAN mencakupi keperluan semasa seperti pelaksanaan dasar, penawaran program latihan, penganjuran seminar serta perkongsian sumber manakala inisiatif jangka panjang melibatkan pembangunan modul latihan, dan pemanfaatan teknologi.
Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) merupakan satu inisiatif terpenting bagi memastikan kesinambungan dalam sistem penyampaian perkhidmatan setiap agensi. Kesedaran serta pengetahuan dan pengalaman berhubung PKP menjadi satu keperluan kepada agensi yang merupakan barisan utama Kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan kepada rakyat. Tambahan pula, adalah menjadi tanggungjawab setiap agensi Kerajaan untuk membangun dan melaksanakan PKP seperti yang termaktub di dalam MS ISO 27001:2007 Information Security Management Systems (ISMS) dan Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU Tahun 2010.
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Kesinambungan (PKP) kepada agensi untuk memberikan pendedahan kepada pasukan PKP dalam membangunkan pelan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP), Pelan Tindak Balas Kecemasan (ERP), Pelan Komunikasi Krisis (CCP) dan Pelan Pemulihan Bencana ICT (DRP).
OBJEKTIF
Objektif Program Kesedaran Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) kepada Pegawai Kanan Sektor Awam dan Bengkel Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) adalah:
1. Memberi perkongsian ilmu dan pengalaman berhubung pelaksanaan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan;
2. Memberi pendedahan kepada Standard Antarabangsa Business Continuity Management Systems (BCMS): ISO 22301;
3. Memperkenalkan Toolkit PKP untuk mengumpul maklumat agensi; dan
4. Membangunkan pelan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP), Pelan Tindak Balas Kecemasan (ERP), Pelan Komunikasi Krisis
(CCP) dan Pelan Pemulihan Bencana ICT (DRP).
IMPAK
Impak program ini adalah untuk:
1. Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman dalam Pengurusan Kesinambungan Perniagaan (BCM); dan
2. Membina keupayaan dalam pembangunan Pelan PKP, ERP, CCP dan DRP disamping dapat melaksanakan simulasi pelan yang telah
dibangunkan.
Dikemas kini pada 01.07.2019