Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025
RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN SEKTOR AWAM (PSPSA) 2021-2025
BANNER PSPSA 2021-2025

YBhg. Tan Sri/YBhg. Datuk Seri Dr./YBhg. Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan,

Untuk makluman YBhg. Tan Sri/YBhg. Datuk Seri Dr./YBhg. Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan, MAMPU telah membangunkan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 yang menggariskan hala tuju strategik pendigitalan sektor awam bagi tempoh lima tahun. Pelan ini telah dirangka dengan sistematik dan komprehensif bagi rujukan agensi sektor awam dalam melaksanakan inisiatif pendigitalan di agensi.

PSPSA 2021-2025 dengan matlamat Kerajaan Digital Mampan Pemangkin Masyarakat Digital meliputi 7 teras strategik, 10 prinsip panduan dan 9 ekosistem pemboleh daya. Hala tuju strategik yang digarap dalam PSPSA adalah sejajar dengan hala tuju global dan nasional merangkumi Sustainable Development Goals (SDG) 2030, Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).

Bertepatan dengan Sinergi Pendigitalan Mampan yang merupakan tema PSPSA 2021-2025, gabungan sinergi pendigitalan yang berterusan antara pelbagai pihak akan merealisasikan agenda pendigitalan negara demi kesejahteraan rakyat. Justeru, PSPSA yang dibangunkan telah mengambil kira perkhidmatan berteraskan Government to Government (G2G), Government to Citizen (G2C), Government to Business (G2B) dan Government to Employee (G2E).

Ringkasan Eksekutif Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 boleh diakses melalui pautan berikut:

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN SEKTOR AWAM 2021-2025

Kerjasama dan perhatian YBhg. Tan Sri/YBhg. Datuk Seri Dr./YBhg. Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

PASUKAN PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN SEKTOR AWAM 2021-2025

MAMPU

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     2840
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 1768
Jumlah pelawat: 1145653
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

SPOT-ME Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi