Tarikh : 30 November 2017
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Auditorium JPM, Putrajaya
Kerjasama Industri : Fecund Solution Sdn. Bhd.
Kerjasama Agensi : MAMPU, JPM
Perserta : 50 orang pegawai MAMPU
LATAR BELAKANG
Sesi perkongsian pengetahuan merupakan platform untuk syarikat dan agensi swasta berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman industri mereka dengan agensi dan badan kerajaan. Fokus utama sesi ini adalah untuk memberi pendedahan kepada sektor awam tentang sesuatu produk, perkhidmatan dan inisiatif yang dapat dilaksanakan dalam memantapkan penyampaian perkhidmatan awam.
Bahagian Perundingan ICT, MAMPU dengan kerjasama Jawatankuasa Kecil Kreativiti dan Inovasi di bawah Jawatankuasa Transformasi dan Inovasi MAMPU telah menganjurkan sesi perkongsian pengetahuan pada 30 November 2017 dengan tajuk “Blokchain Application for Digital Goverment Initiative”. Sesi perkongsian tersebut disampai oleh wakil dan penceramah dari syarikat Fecund Solution Sdn Bhd. Di dalam sesi ini, peserta didedahkan tentang trend terkini, penyataan masalah dan pelaksanaan blockchain application sebagai kaedah penyelesaian. Para peserta diberi peluang untuk bertanya soalan juga berkongsi pendapat dan pandangan.
OBJEKTIF
Objektif program ini ialah:
1. Memberi pendedahan kepada sektor awam tentang produk dan perkhidmatan mengikut trend teknologi ICT terkini; dan
2. Menyediakan peluang kolaboratif antara agensi sektor awam dan sektor swasta
IMPAK
Impak program ini adalah:
1. Meluaskan kolaboratif strategik bersama agensi sektor awam dan swasta;
2. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman kepada senario dan trend teknologi ICT terkini; dan
3. Meransang pembangunan inovasi di dalam penyampaian perkhidmatan awam.
Dikemas kini pada 01.07.2019